Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Harga Minyak Dunia Sudah Empat Hari Berturut-Turut Jatuh


Harga minyak jatuh lagi pada hari rabu selepas kerajaan Amerika Syarikat (AS) melaporkan peningkatan yang tidak dijangka dalam stok minyak mentah dan minyak petrol, tetapi peningkatan dalam aliran penapisan dan pengeluaran dalam penyulingan membantu harga melemahkan paras terendah.

Harga kekal menerima tekanan daripada tinjauan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) minggu ini yang membayangkan pertumbuhan lebih perlahan dalam permintaan minyak mentah global.

Manakala, West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada AS$55.42 satu tong, turun 32 cent, setakat 1819 GMT.

Mengikut penanda aras minyak mentah global Brent turun 19 cent pada AS$62.02 satu tong, selepas jatuh 1.5 peratus pada Selasa, kejatuhan satu hari terbesar dalam sebulan.

Pengeluaran minyak mentah AS melonjak lebih 14 peratus sejak pertengahan 2016 kepada 9.65 juta tong sehari dan ia dijangka bertambah.

"Ia mula kelihatan ada sedikit momentum, dan kualiti pembeli yang masuk ke pasaran pada tahap AS$ 56 hingga AS$ 57 tapi ia bukanlah harga minyak mentah yang paling bijak," kata Richard Hastings, ahli strategi makro di Seaport Global Securities di Charlotte.

IEA berkata, pengeluaran bukan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dijangka meningkat 1.4 juta tong sehari pada 2018.

OPEC akan bermesyuarat 30 November ini dan dijangka bersetuju melanjutkan pemotongan pengeluaran yang dipersetujui sebelum ini.


Sumber - Berita Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli