Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Hanya Tinggal Seluar Dalam" Syamel Kongsi Kisah 'Tragis' Ketika Wakili Malaysia Ke Festival Muzik ABU TV Di China


Penyanyi lagu hidup dalam mati ini pernah mewakili Malaysia dalam festival muzik ABU TV song Festival 2017 pada 1 November lalu di Chengdu, China telah meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis buat dirinya.

Menurut Syamel, ketika berada di negara itu dia terkejut apabila seorang wanita yang bekerja dengan produksi festival itu menawarkan diri untuk mengikutnya pulang ke hotel penginapannya.

Jelasnya, pada awalnya dia menyangka wanita itu bergurau namun merasakan ada sesuatu tidak kena apabila beberapa kali wanita itu mengulangi hajat untuk mengikutnya pulang.

"Terkejut juga apabila digoda oleh krew produksi dan dia berani memberitahu mahu mengikut saya balik ke hotel.

"Ingatkan dia bergurau tetapi apabila tengok seperti lain sahaja saya pun jadi takut," katanya.

Sedar pemergiannya ke China bukan menimbulkan masalah, dia telah menolak secara baik permintaan wanita itu walaupun tidak tahu niat sebenarnya.

"Sudah tentu saya tolak secara baik permintaannya itu dan saya ke China bukannya hendak buat perkara bukan-bukan," jelasnya.

Syamel berkata kisah malangnya itu bermula apabila dia dalam perjalanan ke China tetapi bagasinya telah hilang menyebabkan tiada pakaian bersih untuk dipakai selama tiga hari.

"Bayangkanlah beg hilang! Apa yang saya hendak pakai? Mujur juga saya bawa beg galas yang saya simpan barangan penting selain tiga helai seluar dalam.


Paling penting bahagian 'dalam' dapat ditukar tetapi memang masalah juga kerana semua baju penting dalam bagasi.

"Walaupun pelbagai pengalaman pahit berlaku tetapi saya anggap ia sebagai cabaran dan memori untuk saya kenang di kemudian hari," katanya.

Mengulas mengenai festival itu, jelasnya, ia adalah pengalaman berharga buat dirinya selain melihat banyak peluang dan potensi untuk penyanyi dari Malaysia melebarkan sayap ke luar negara.

"Apa yang saya lihat banyak perkara sebenarnya kita boleh buat di luar meskipun berlainan bahasa dan budaya tetapi masyarakat di China sangat menghargai sesebuah karya.

"Penyertaan saya itu sebenarnya membuka mata bahawa kita ada peluang untuk memperkenalkan muzik tempatan di luar negara," katanya.

Festival yang bukan berbentuk pertandingan itu turut menyaksikan persembahan peserta daripada Afghanistan, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Macau, Maldives, Vietnam, Zambia, Kazakhstan dan Turkmenistan.

Bercakap mengenai kejayaannya mara ke AJL 32, dia berkata, walaupun ada perasaan fobia namun keputusan dibuat pihak juri memberi kelegaan pada dirinya selain teruja memandangkan dia masih baharu sebagai komposer.



"Jujur saya fobia dengan apa jadi dahulu tetapi saya sudah lupakan perkara itu kerana menganggap ia bukan rezeki.

"Dua lagu terpilih pada tahun ini saya anggap ia hikmah daripada apa yang berlaku dahulu dan sebagai seorang penyanyi dan komposer ia pencapaian besar," katanya.

Pada tahun lalu, lagu nyanyian Syamel iaitu Hidup Dalam Mati tidak bertanding selepas diumumkan menarik diri atas sebab-sebab tertentu.

Sumber -mStar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Kalah melulu di agen lain?
    mari coba disini F4ns Bett1ng (5ee80afe) ^^

    BalasPadam
  2. mari coba keberuntungannya bersama kami di updatebetting
    ditunggu apalagi,ayo buruan daftar

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli