Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kedua-Duanya Daging Kambing, Tapi Apa Yang Membezakan Antara 'Lamb' Dengan 'Mutton'

3 ulasan

Malaysia terkenal dengan jolokan nama 'syurga makanan' yang memiliki banyak jenis makanan termasuklah masakan berasaskan kambing yang pastinya menjadi pilihan rata-rata rakyat Malaysia.

Umumnya, ramai yang tahu dua jenis kambing yang popular dan selalu digunakan ialah Lamb dan Mutton. Bagaimanapun, segelintir daripada kita tidak mengetahui bahawa dua jenis isi kambing ini sangat berbeza dari segi rasa, tekstur dan harganya.

Lamb dan mutton keduanya adalah kambing biri-biri yang sama tapi berbeza umur dan tekstur dagingnya kerana perbezaan umur sebuah haiwan itu boleh mempengaruhi tekstur dan rasa dagingnya.

Lamb 


Lamb adalah daging anak kambing biri-biri yang berumur bawah dari satu tahun yang telah mencapai berat dan ciri yang dikehendaki serta ianya sesuai untuk di sembelih.

Antara perbezaan ketara antara lamb dan mutton adalah terdapat lemak yang sedikit pada lamb dan dagingnya boleh berubah warna dari merah jambu ke merah pucat.


Di Amerika Syarikat, daging lamb menerima lebih banyak permintaan berbanding mutton yang agak sukar untuk didapatkan di pasaran.

Selain itu, daging lamb juga terkenal dengan tiga cara masak yang popular iaitu bakar, panggang dan tumis reneh selain dimasak untuk lauk catering dan BBQ.


Dagingnya yang lebih lembut dan 'juicy' menjadikan lamb lebih sesuai dijadikan kambing golek dan sebagainya.

Mutton

Mutton ialah daging kambing biri-biri yang lebih tua dari 1 hingga 3 tahun. Dagingnya berwarna merah terang dan diselaputi sejumlah besar lemak. Daging Mutton juga dikatakan mempunyai sejenis bauan yang agak kuat selain tekstur daging lebih keras berbanding lamb serta perlu dimasak lama.

Daging jenis ini lebih popular di Timur Tengah dan Eropah kerana rasa dan tekstur dagingnya bersesuaian dengan jenis masakan yang lebih berat seperti biryani, nasi arab, gulai, kari, sup atau stew.


 Perbezaan harga diantara dua daging ini juga jelas ketara kerana harga lamb jauh lebih mahal berbanding daging mutton.


Bagaimanapun, setiap jenis daging ini memiliki kelebihan tersendiri yang berdasarkan tujuan penggunaannya.

Seharusnya kita tahu memilih daging lamb atau mutton yang bersesuaian dengan jenis masakan kita.

Sumber- The Spruce
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..

    BalasPadam
  2. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli