Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Disyaki Keracunan Makanan Rupanya Banyak Duit Syiling Dan Paku Dalam Perut

2 ulasan

Seorang lelaki warga India yang dimasukkan ke hospital kerana disangka mengalami sakit perut mengejutkan pakar bedah selepas hampir 263 duit syiling dan lebih 100 batang paku di dalam perutnya.

Menurut laporan akhbar The Independent, Maksud Khan, 35, dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit di bahagian perut sebelum doktor melakukan ujian endoskopibagi mengenalpasti punca masalah itu.

Bagaimanapun mereka kemudiannya merasa amat terkejut selepas menemui perut lelaki tersebut dipenuhi ratusan syiling, paku, berpuluh-puluh pisau cukur, pecahan kaca, batu dan sekeping besi berkarat sepanjang hampir 15 sentimeter.


Pakar Bedah di Hospital Sanjay Gandhi yang terletak di bandar Satna segera melakukan pembedahan kecemasan bagi mengeluarkan semua objek asing seberat hampir 7 kilogram itu.

“Kami terkejut melihat syiling, kuku dan nat di dalam perutnya. Ia adalah kali pertama kami me­rawat kes seumpama ini sepanjang menjalankan tugas sebagai pakar bedah di sini.

“Lelaki ini kelihatan tidak stabil kerana tidak ada orang yang waras akan melakukan sesuatu seperti ini,” jelas pakar bedah, Dr. Priyank Sharma.


Khan yang bekerja sebagai pemandu beca auto dipercayai mengalami masalah kesihatan mental dan kemurungan.

Lelaki berkenaan dipercayai mula menelan barangan logam termasuk duit syiling yang diberikan oleh pelanggan kepadanya sejak 3 bulan lalu namun tidak pernah memaklumkan masalah itu kepada keluarga atau rakan-rakannya.

Sumber- The Independent
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini F4ns Bett1ng (5ee80afe) ^^

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli