Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Digelar Jelmaan Zakir Naik Di Malaysia, Ustaz Auni Kata Ilmunya Masih Kurang Untuk Dibandingkan Dengan Tokoh Hebat Itu

3 ulasan

Penceramah bebas Ustaz Auni Mohamed, 41, digelar sebagai Zakir Naik Malaysia kerana mahir dalam ketamadunan Islam berserta fakta ceramahnya tidak pernah diketahui umum.

Antara ceramah yang menjadi tarikan serta pujian adalah sejarah berkaitan kapal Titanic, Freemason, The Da Vinci Code, fitnah akhir zaman, kemunculan dajjal, Yakjuj dan Makjuj serta Daish dan Syiah.

“Saya hanya manusia biasa yang mahu menegakkan kebenaran. Kita perlu akui bahawa kegemilangan Islam bermula daripada ketamadunan,” katanya.

Beliau yang merupakan guru agama di Sekolah Kebangsaan Seri (SK) Relau, Jalan Paya Terubong, Bayan Lepas, Pulau Pinang mendapat pujian daripada netizen yang menganggap ilmunya begitu menakjubkan.

Berikutan itu, ada yang beranggapan penceramah bebas ini adalah jelmaan penceramah terkenal dari India iaitu Ustaz Zakir Naik apabila setiap kandungan ceramah disampaikan berasaskan fakta, hadis dan al-Quran.

Apa yang mengagumkan apabila ceramahnya disiarkan di Youtube oleh Abu Khadijah Studio (AKS) menampakkan Auni tidak membaca sebarang rujukan ketika menyampaikan butiran.

Jelas anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu setiap isi kandungan ceramahnya berdasarkan kajian dijalankan, kebenaran dan fakta.

“Saya menafikan diri ini seperti Ustaz Zakir Naik, bahkan ilmu dimiliki juga masih kurang berbanding beliau (Zakir Naik). Saya makan dan minum seperti manusia biasa, tetapi memiliki cara tersendiri untuk berdakwah,” tambahnya.

Beliau pernah melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Kaherah, Mesir pada 1995 hingga 2004 dalam jurusan Perundangan Islam.

“Sepanjang berada di Mesir, saya menuntut ilmu ketamadunan Islam melalui dua guru agama di negara terbabit. Saya mengikuti kajian, bacaan dan menerima pengetahuan sejarah betapa gemilangnya Islam suatu ketika dahulu.

Tambahnya, beliau begitu meminati ilmu ketamadunan Islam dan pengkajian dilakukan atas kemahuan sendiri.

“Islam berdiri atas tiga dasar iaitu akidah, syariat dan akhlak. Sesungguhnya kebenaran Islam diteladani melalui Nabi dan Rasul,” katanya.

Setelah menamatkan pengajian di Mesir, beliau berkhidmat sebagai guru Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu ain (JQAF) di SK Relau sehingga kini.

“Saya mula menyampaikan ceramah ketamadunan Islam secara berjadual bermula 2004 hingga 2013. Kerja dakwah diteruskan secara tetap pada 2014 sebaik AKS merakam ceramah dan memuat naik di Youtube,” katanya.

Beliau bersyukur berpeluang menjelajah banyak negeri tanpa halangan bahkan masyarakat Islam di negara ini menerima ceramahnya.

Menurut Auni, kebolehan berceramah tanpa membaca kitab serta memberikan fakta yang unik telah dipelajari oleh gurunya iaitu kaedah mengingat.

“Untuk kuat ingatan, jangan meninggalkan solat dhuha dan tahajud. Selain itu amalkan membaca doa antara dua khutbah Jumaat iaitu surah Yusof ayat 101. Sebenarnya konsep mengingat menyamai computer maping iaitu hanya pemilik komputer tahu di mana data disimpan di dalam fail.

“Begitu juga otak manusia perlu menghafal dan menghadam ilmu,” katanya yang berpegang pada konsep pegangan sejarah yang benar tidak semestinya rasmi dan sejarah yang rasmi tidak semestinya benar.

Tambahnya, beliau bakal diundang menyampaikan ceramah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak pada Februari tahun depan dan akan mengupas kuliah berjudul Adam Sebelum Adam.

“Alhamdulillah, selain menyampaikan ceramah, saya kini menjalankan kajian mengenai Atlantis Lemuria, Hubungan kerajaan Sulaiman dan Balqis serta Mount of Ophir di Nusantara,” katanya.




Sumber - Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng, s1tus b0la 0nline terpercaya

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli