Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dah La Kedekut Senyuman, Pengotor Pulak Tuh, Perangai Segelintir Orang Kita Bila Melancong Ke Luar Negara

2 ulasan

Seronok kalau pergi melancong luar negara ini, mana tak nya dapatlah tengok-tengok budaya dan bahasa mereka. Selain itu, boleh la kita belajar budaya mereka. Yelah, budaya luar dengan negara kita mana sama. 

Tapi apa yang tak seronoknya apabila kita pergi ke negara luar tapi tak jaga kebersihan. Jangan lah sebab kita yang buat kotor orang lain yang kena. Sama-sama lah jaga kebersihan untuk kegunaan semua. 


Mari ikuti perkongsian dari page Nota Perempuan Backpacker, tentang segelintir masyarakat kita yang tidak jaga kebersihan bila di luar negara.

Tak cukup sombong, pengotor pula!

Ya... memang aku nak tulis tentang sebuah kekecewaan yang tak dapat dibendung lagi.

Kejadian di surau KTO, Seoul.

Aku seorang. Keluar lif, sekumpulan orang kita sedang nak masuk lif. Macam selalu, aku senyum, tapi tak dilayan. Semua elak bertembung mata dengan aku. Ya, itu aku dah biasa sangat. Orang kita yang mampu melancong ni memang terlampau elitis berprestij tahap tak layak sedekahkan senyum kepada traveller solo yang sengkek selekeh macam aku. Fine.

Aku masuk surau, nak letak beg nak ke toilet. Tu diaaa... lantai kotor. Rambut panjang bersepah-sepah. Okey, mungkin ada langsuir bermasalah kelemumur solat di situ sebelum aku sampai.



Dah ke toilet, masuk semula surau, ambil wuduk, duduk sekejap nak pakai stoking dan tudung. Nahhhh... atas ada Quran, bawah ada tisu basah kotor diselit dalam bungkusannya yang dah kosong. Amboi, tinggi betul maqam manusia ni, buang sampah bawah Quran!



Ya, aku nak beritahu ni, aku pergi buang sampah tu tadi. Geli pegang tisu bekas kesat apa entah, pun aku tahan. Daripada nama umat Islam Malaysia jadi lebih busuk di Korea Selatan.

Kawan-kawan, tolong sampaikan ini kepada mana-mana kenalan umat Melayu Islam yang dah biasa hidup mewah, malas, dan rasa diri tuan besar di mana jua berada.

"Kepada para pelancong yang suka mengotorkan negara orang,"

Korea tu, bukan negara Islam. Depa buka surau, memang hati-hati yang busuk akan hanya akan pandang dari perspektif bisnes tourism, nak menarik lebih ramai pelancong Muslim.

Tapi, kau kena sedar yang mereka tu telah memasukkan peruntukkan bajet dan masa untuk pembersihan dan penyelenggaraan surau untuk kau. Supaya kau dapat jalan-jalan di negara depa dengan tenang dan gembira sebab dapat solat di tempat selesa. Depa tu kafir, tak perlu solat pun. Tapi depa buat juga, untuk kau!

Kau jalan dalam group, memang orang tempatan takkan pernah serang kau suruh buka tudung dan sebagainya. Tapi kami dah kena. Kena maki, kena tarik tudung. Sebab benci orang Islam.

"Tapi apa kau buat?"

Kau kotorkan surau, kau lecakkan lantai toilet konon demi nak menghadap Tuhan. Lepas tu depa yang tak solat itulah yang bersihkan kotoran yang kau, manusia yang bersolat itu buat.

Kau yang buat orang bukan Islam bertambah benci pada orang Islam.

Ya, memang aku hangin.

Kalaulah ada orang yang tak seagama dengan kau, tumpang toilet rumah kau, kemudian keluar tak flush. Amacam?

Kalau selama hidup kau hanya bergantung pada bibik untuk tolong buangkan sampah ke tong, bawak la bibik tu melancong sekali.

Ingat. TUANnya bangsa Melayu, tak cukup setakat berduit sampai mampu melancong. Iman tak cukup setakat pada cukupnya solat. Musafir sampai ke langit ketujuh pun, kalau adab dan akhlak busuk, sia-sia.

Nasihat banyak pun tak guna. Kawan aku siap buat buku Mentaliti Jamban. Tapi yalah, golongan sombong pengotor ni bukannya suka membaca pun.

Sudahlah. Tulis panjang pun bukan depa ni baca habis. Aku juga yang kena kecam balik, sebab kutuk bangsa sendiri, tak boleh sabar, tak redha, dan tak apologetik


Sumber - Nota Perempuan Backpacker
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng, s1tus b0la 0nline terpercaya

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli