Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Bunuh Anak Sebab Sayang", Warga Emas Bunuh Anak Sebab Risau Tiada Siapa Jaganya Selepas Dia Mati


Seorang wanita berusia 83 tahun, dijatuhkan penjara 3 tahun selepas didapati bersalah membunuh anaknya yang juga orang kelainan upaya berusia 46 tahun.


Wanita itu yang hanya dikenali sebagai Huang mengakui bahawa dia membunuh anaknya itu dengan cara memberikan 60 biji pil tidur sebelum menjerut lehernya dengan skaf sutera serta menutup hidung dengan kapas.

Namun, Huang telah diberi penangguhan hukuman selama 4 tahun selepas mendengar alasan yang mengharukan yang diberi oleh Huang.

Huang berkata dia membunuh anaknya itu kerana risau tiada siapa yang mahu menjaganya sekiranya dia mati kelak.

Dalam perbicaraan yang berlasung pada 21 September yang lalu, Huang memberitahu bahawa dia menjaga anaknya itu dengan penuh kasih sayang selama 46 tahun, namun keputusan membunuh anaknya, Li itu terpaksa dibuat olehnya. Malah, dia turut menyerah diri kepada polis pada hari kejadian.

"Saya tidak pernah berputus asa dengannya. Dia anak saya. Tapi kesihatan saya merosot sejak dua tahun lalu, sukar untuk menjaganya.

"Saya semakin tua dan lemah, mungkin saya mati sebelum anak saya.

"Saya dapat idea untuk membunuh dia seminggu lalu," ujar Huang lagi.



Huang turut meninggalkan sekeping nota di lokasi kejadian yang memberitahu bahawa idea untuk membunuh itu datang dari dirinya sendiri, dan tiada orang lain yang terlibat dalam rancangan tersebut.

Anak Huang tersebut dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami masalah kecacatan mental dan fizikal seperti tidak boleh bercakap dan berjalan.

Ketika di soal mahkamah mengapa dia tidak menyerahkan Li kepada abangnya, Huang berkata dia tidak mahu menyusahkan sesiapa.


''Ia salah saya sebab melahirkan Li dan membuat dia merana. Saya rela membunuh dia dari memberi kepada orang lain," kata Huang sambil menangis.

Anak sulung Huang memberitahu mahkamah bahawa ibunya itu berhenti kerja dan menjaga adiknya yang cacat sejak berusia 10 secara sepenuh masa.

Malah Huang turut tidur dalam bilik yang sama dengan Li bagi memudahkan dirinya untuk mengurus keperluan adiknya itu.

Pendakwaraya, Qiu Lingzhu bersetuju bahawa Huang telah melanggar undang-undang dan telah melakukan jenayah.

Namun, berdasarkan alasan yang diberikan Huang, dia percaya wanita itu bertindak sedemikian atas dasar ''cinta dan kasih sayang''.

''Wanita ini mencabut hak anaknya untuk hidup, namun setelah mengambil kira motifnya tidaklah seberat jenayah lain, dan umurnya yang sudah melepasi usia 75 tahun, dia layak untuk mendapat penangguhan hukuman,'' ujar pendakwaraya itu.

Keluarga Huang sendiri turut menulis surat rayuan yang menyatakan bahawa Huang amat menyayangi anaknya itu.



Sumber : Daily Mail

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngka$, dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli