Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bukan Boleh Ikut Suka 'Adjust' Meter, Ketahui Apa Sebenarnya Tujuan Sticker Hijau Yang Ditampal Di Pam Minyak Ini

2 ulasan

Sebelum ini tular beberapa buah video kononnya beberapa buah stesen minyak di dalam negara melakukan penipuan penjualan kuantiti minyak yang tidak cukup.

Sebagai pengguna kita memang digalakkan untuk berhati-hati kerana berkemungkinan ditipu itu ada, jadi berkaitan stesen miyak ni, ramai tak tahu yang jualan dan penentuan harga di stesen minyak ini adalah tertakluk di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972.

Justeru, lelaki yang dikenali sebagai Putera Edir ini telah berkongsi sedikit info mengenai peranan pelekat hijau yang terdapat pada setiap pam minyak.

Jom sama-sama kita baca.


1. Pernahkah anda nampak kewujudan pelekat hijau ini di mana- mana stesen minyak? Ataupun di mana-mana tempat ?

2. Didalam Akta Timbang dan Sukat 1972 , dibawah seksyen 14 (1) tertakluk kepada subseksyen (5) , menyatakan bahawa setiap alat timbang dan sukat yang digunakan bagi tujuan perdagangan WAJIB di tentusah (verification) setiap 12 bulan sebelum transaksi jual - beli berlaku. Pesalah boleh didakwa, didenda dan alat timbang dan sukat ini boleh disita atau dirampas.

2. Kerajaan Malaysia, dibawah Kementerian Perdagangan , Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK) telah memberi tanggungjawab ini kepada Metrology Corporation Malaysia Sdn. Bhd. untuk melaksanakan tugas ni diseluruh negara.

3. Ianya adalah bertujuan bagi menjamin keadilan dan melindungi kedua- dua pihak ( penjual dan pembeli) dari sebarang penipuan dan kerugian. Ini bermakna pelekat ini juga boleh didapati pada alat timbang di kedai- kedai runcit, pasaraya, dan sebagainya yang menggunakannya.

4. Dalam konteks ini, stesen minyak juga termasuk dibawah akta ini, yang mana ianya wajib ditentusah sebelum dijual kepada pengguna.

5. Bagaimana pengguna ingin tahu sama ada sesuatu alat timbang/ sukat itu telah ditentusah dan masih lagi valid atau tidak? Pada setiap alat yang telah menjalani proses penentusahan dan lulus, maka alat itu akan dilekatkan pelekat yang bewarna hijau. Pelekat itu tertera tarikh luput, kod jenis alat , dan nombor daftar.

6.Jika anda dapati mana-mana alat yang telah luput tarikh tentusah , atau yang tidak membuat penentusahan, sebagai pengguna anda mempunyai hak untuk membuat aduan kepada KPDNKK-Laman Rasmi untuk tindakan lanjut.

7. Tidak dinafikan kecurangan dalam menjual petrol kepada pelanggan mungkin akan berlaku dimana-mana. Jika anda mengesyaki penipuan berlaku, segera lah salurkan aduan anda di KPDNKK.

8.Jadilah pengguna yang bijak.



BACA: “Apa ni, Isi Minyak Keluar Angin Je Lebih” - KPDNKK Dan MCM Dah Uji Pam Di Stesen Minyak, PETRONAS Tampil Beri Penjelasan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngka$, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli