Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Bila Bekas Pemain Tegur, Suruh Duduk Muzium'', Santokh Singh Terkejut Vingada Masih Dikekalkan Walau Kalah 7 Perlawanan

4 ulasan

Kegagalan demi kegagalan skuad Harimau Malaya bimbingan Nelo Vingada yang setakat ini mengekalkan rekod tanpa kemenangan semenjak diambil alih oleh jurulatih berbangsa Portugis itu menimbulkan rasa tidak senang hati bukan sahaja dalam kalangan peminat, malah kepada lagenda bola sepak negara, Datuk Santokh Singh.

Malah Santokh juga turut mendesak agar Nelo Vingada melepaskan jawatan selaku pengendali skuad kebangsaan itu sebagai tanda memohon maaf kepada peminat bola sepak tanah air.

Bagi Santokh yang pernah menjadi sebahagian daripada pasukan yang layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980, peluang yang diberikan kepada Vingada untuk terus membimbing pasukan selepas 7 perlawanan tanpa kemenangan disifatkannya sebagai mengejutkan.

“FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) sekarang makin pelik. Saya rasa kita satu-satunya pasukan di dunia yang masih simpan jurulatih biarpun kalah dalam tujuh perlawanan. Kalau negara lain dah lama tukar,” katanya lagi.

“Mungkin sebab beliau jurulatih luar, cuba kalau jurulatih tempatan saya rasa dah lama FAM pecat.

“Apa yang tak bagusnya jurulatih kita sendiri? Saya dari awal lagi tak setuju kita guna jurulatih luar kerana mereka memerlukan masa yang lama untuk memahami bola sepak kita.

“Dalam perlawanan antarabangsa, kita tak boleh ada istilah cuba-cuba kerana setiap kekalahan akan memberi tekanan kepada imej pasukan Malaysia, ranking dan juga penyokong yang amat menyayangi pasukan negara,” katanya.

Kecaman yang diterima skuad bimbingan bertambah selepas negara terlepas slot untuk beraksi di pentas Piala Asia 2019 selepas mengalami kekalahan berturut-turut kepada lawan yang sama, Korea Utara juga dengan keputusan yang sama, 1 - 4 dalam kedua-dua aksi yang berlangsung di gelanggang berkecuali di Buriram, Thailand.

Kekalahan dalam perlawanan kedua kepada Korea Utara semalam merupakan kekalahan keempat buat skuad kebangsaan dalam lima aksi saingan kelayakkan Kumpulan B. Sebelum ini, skuad Nelo Vingada tewas kepada 1-2 kepada Lubnan, serta seri 0-0 dan tewas 0-2 kepada Hong Kong.

Deretan keputusan tidak memuaskan daripada persembahan hambar itu menyaksikan Harimau Malaya hanya mengumpul satu mata untuk kekal menghuni tangga tercorot Kumpulan B.

Lebih memalukan, imej skuad kebangsaan tercalar apabila Myanmar yang membariskan skuad kedua mereka mampu menjinakkan Harimau Malaya 0-1 dalam aksi persahabatan Ogos lalu. Selain itu, Malaysia turut tersungkur 1-2 kepada pasukan negara sedang bergolak, Syria yang juga perlawanan aksi persahabatan.

“Bila kita bekas pemain bercakap atau bersuara mereka (FAM) takkan dengar, malah ada pula suara lain yang suruh kita duduk muzium.

“Bagi saya, kita tak boleh guna jurulatih luar untuk melatih senior sekarang kerana mereka sudah capai tahap maksimum yang sukar untuk pergi lebih jauh. Sebaiknya guna saja jurulatih tempatan yang lebih memahami realiti bola sepak di Malaysia.

“Ini pasukan kebangsaan bukannya kelab yang boleh mengharapkan pemain import. Rombak segera pasukan ini dan beri fokus sepenuhnya kepada pasukan pelapis dengan menggunakan jurulatih kita dan bagi bantuan sepenuhnya,” katanya lagi.

Sumber : myMetro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )

  1. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu
    Wujudkan impian anda hanya di dewalotto.com

    BalasPadam
  2. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli