Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Biar Anak Bawah 2 Tahun Main Gadjet Boleh Sebabkan Rangsangan Saraf Otak Terbantut - Pakar Psikologi


Dalam dunia serba moden kini, anak-anak dikatakan lebih mahir menggunakan gajet. Anak-anak yang masih bayi juga telah diperkenalkan dengan peralatan canggih ini. Walaupun umur masih belum mencecah dua tahun, tetapi ibu bapa sudah menyogok mereka dengan gajet.

Dengan kesibukan ibu bapa, penggunaan gajet dikalangan anak-anak dikatakan lebih memudahkan untuk mereka dikawal. Anak-anak dikatakan kurang meragam dan kurang membuat bising apabila mereka mendapat gajet ini. 

Tapi tahukah anda bahawa penggunaan gajet ini mempu memberi kesan yang buruk kepada anak anda. Ikuti perkongsian dari Adlil Rajiah mengenai Anak & Gajet setelah mengupas topik ini di Wanita Hari Ini TV3.



Ok seperti yang dijanjikan, saya nak share beberapa input yang saya dapat masa jadi panelis jemputan di Wanita Hari Ini TV3 semalam, bersama 3 lagi wanita hebat:

Prof Dr Mariani (Pakar Psikologi), 

Pn Nadia (Pakar Perkembangan Awal Kanak-kanak), 

dan moderator anggun kita, Fiza Sabjahan. 



Sepanjang sesi itu, kami berempat telah mengupas topik paling kontroversi abad ini, iaitu Anak & Gajet. 

I have the recorded video of yesterday's session, tapi saya decide untuk share dalam bentuk penulisan macam ni. Sebab ada banyak lagi isu yang kami bualkan di sebalik penggambaran siaran langsung yang hanya berdurasi 20 minit itu. So i want to share more than what you've seen on TV3 yesterday. 

Macam yang anda semua tahu, anak saya (Haikal) pernah di-diagnosed sebagai Excessive Screen Exposure (Pendedahan Skrin Berlebihan) 5 tahun lepas, ketika berumur setahun. Dan apa yang mengakibatkan tragedi itu berlaku adalah, of course pendedahan skrin yang terlalu lama dan tidak dikawal. 

Bila kita sebut "pendedahan SKRIN", ia sebenarnya bukan merujuk kepada gajet sahaja, tapi juga kepada TV, wayang, phones, tabs, dan pelbagai alat electronic lain.

Sepertimana yang dinyatakan oleh Prof Mariani semalam, anak berusia 2 tahun ke bawah tak sepatutnya didedahkan langsung dengan pendedahan skrin dan alat electronic, kerana boleh mengakibatkan kebantutan ransangan saraf dan otak. 

Dalam WHI semalam, gajet dikatakan lebih kritikal berbanding pendedahan skrin yang lain. 
Kenapa? 

Sebab gajet lebih mobile, mudah dibawa kemana-mana, dan menyebabkan pendedahan nya lebih sukar dikawal! Toksah cakap anak, mak bapak sendiri pun tak boleh kawal.

Ok balik kepada diagnosis anak saya tadi. Haikal disahkan "normal semula" pada umur 2 tahun, selepas melalui proses intervensi yang sangat intensive bersama pakar psikiatri kanak-kanak di Penang. Secara jujur, saya dan suami telah habis beribu ringgit sepanjang proses "rawatan" tersebut. 

Dari situ lah saya sedar how harmful these gadgets can do to our children dan future generations (kalau tidak dikawal penggunaannya). 

Dan atas dasar itu juga, saya mula berkongsi terutamanya dalam buku2 saya, untuk memberi kesedaran terutama kepada ibu bapa millenia supaya tak mengulangi kesilapan saya sehingga perlu berhabis wang ringgit untuk memperbetul semula keadaan. 

So here's some points yang saya jot down sepanjang perbincangan di WHI semalam, untuk dimanfaatkan anda semua:



Berikut adalah tanda-tanda anak ketagihan gajet atau terlebih pendedahan gajet. Kalau anak-anak anda menunjukkan beberapa ciri di bawah, sila awasi dan pantau semula pendedahan gajet terhadap mereka, SEBELUM TERLAMBAT. 
  • Anak abaikan keperluan asas seperti makan, tidur, berinteraksi, etc,
  • Anak taknak gangguan sesiapa ketika menggunakan gajet termasuk ibu bapa,
  • Anak minta gajet sepanjang masa, dan gelisah kalau tak diberi gajet,
  • Bersikap panas baran, tiada self control dan cepat marah,
  • Bertindak ganas (suka baling2 barang, menggigit orang lain, memukul, etc),
  • Suka menjerit dan tantrum yang amat sukar dikawal,
  • Tak boleh duduk diam walaupun untuk beberapa saat,
  • Tak boleh fokus dalam aktiviti di sekolah,
  • Tak berpaling apabila namanya dipanggil,
  • Tak suka bergaul dgn kanak-kanak lain,
  • Tak suka eye contact,
  • Lambat bercakap atau pelat dalam pertuturan,
  •  Insomnia, sukar tidur atau gemar tidur lewat,
  •  Obesity atau masalah penghadaman (akibat pendedahan gajet tak terkawal ketika makan).



Jika anda mengambil keputusan untuk dedahkan gajet kepada anak-anak (for whatever reason), berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan:
  •  Frekuensi atau kekerapan pendedahan gajet kepada anak: jangan dedahkan setiap hari, tapi hanya 2-3 kali seminggu sahaja. 
  •  Durasi atau tempoh setiap pendedahan tersebut : pastikan anak tidak gunakan gajet melebihi 1 jam setiap hari. 
  •  Content atau isi kandungan video/apps yang digunakan oleh anak : jangan beri anak guna gajet tanpa sebarang pengawasan. Pastikan anda tahu apa yang ditonton atau dilayari oleh anak sepanjang tempoh tersebut. 
  •  Buat peraturan tentang penggunaan gajet di rumah, dan pastikan setiap orang (termasuk ibu bapa) patuhi peraturan tersebut. Contohnya, "No gadget during bed time & meal time". 
  •  Fahamkan peraturan tersebut kepada orang lain yg terlibat secara langsung dengan perkembangan anak. Contohnya pengasuh, nenek, makcik, etc. Teamwork is very important in disciplining the children. 
  •  Jadikan gajet sebagai rujukan kepada sesuatu aktiviti praktikal. Contohnya, tonton video playdoh di youtube selama 10 minit, kemudian tutup gajet dan aplikasikan video yang ditonton dengan aktiviti playdoh sebenar. 
  •  Pastikan anak faham, bahawa gajet itu milik ibu bapa. Ibu bapa berhak menyimpan dan meminta semula gajet pada bila-bila masa. Dan jangan ajar anak unlock password. 



Jika anak mula tunjuk ciri-ciri ketagihan gajet, ini perkara-perkara yang anda boleh lakukan:

  • Hadkan penggunaan gajet secara berperingkat. Contohnya, dari 24 jam kepada 4 jam, kepada 2 jam, kepada 1 jam. Konsisten hadkan sehingga anak boleh patuhi had masa yang diberi. 
  • Berinteraksi dengan anak ketika mereka gunakan gajet. Never let them use gadget alone. 
  • Jadikan gajet sebagai ganjaran positif, selepas anak selesai buat aktiviti / homework. 
  • Jangan caj battery 100% penuh. Sebaliknya caj sehingga 15-20% sahaja. 
  •  Jadikan gajet sebagai last option. Cuba tackle perhatian anak dengan aktiviti lain selain daripada gajet. Terutamanya aktiviti yang melibatkan pergerakan, deria, kemahiran motor halus, fokus dan sasaran. 
  • Gunakan kaedah pre-warning ketika ambil semula gajet daripada anak. Contoh pre-warning, "Mama akan ambil semula ipad ni dalam kiraan 5. Lima.. Empat.. Tiga.. Dua.. Satu.. Dan ambil gajet tersebut." 
  • Gunakan jam loceng sebagai indicator tamatnya waktu penggunaan gajet. Anak mungkin tak tahu 10 minit tu lama mana. Jadi guna alarm clock, dan pesan pada anak, "Bila alarm berbunyi, bermaksud awak kena pulangkan gajet tu semula kepada Mama." 
  • Pastikan anda konsisten & tak mudah mengalah dalam mendisiplinkan anak-anak tentang penggunaan gajet. 
  • Sentiasa standby busy kit /permainan anak bila keluar rumah /travel 

Sebagai ibu bapa, kita perlu ada mindset yang betul dalam mendidik anak-anak. 
Sentiasa ingat bahawa anak-anak adalah cerminan diri kita. 

Bak kata mat saleh, monkey see monkey do. 

Bak kata orang kita kepimpinan melalui teladan. 

Dan bak kata Rasulullah saw the best parenting is through AKHLAK. 

Dalam apa pun yang kita harapkan daripada anak-anak, we must first be the person we want our child to be. We set the right example. 

Sibuk nak anak sempurna dalam segala hal, tapi kita ni dah cukup sempurna ke? 
Taknak bagi anak tengok gajet takut ketagih, tapi kita ni confirm tak ketagih ke? 

Yes, gajet bukanlah haram, dan tak semuanya buruk. 
In fact, kita tak mampu menyekat kemajuan teknologi yang semakin berkembang. 

Tapi adakah mindset dan akhlak kita dah betul-betul layak dan mampu menggunakan teknologi tersebut ke arah kebaikan dan bukan kemudaratan? 
Atau kita sendiri sebenarnya sedang memusnahkan kualiti hidup kita secara perlahan-lahan? 

Ingat!

80% perkembangan otak manusia berlaku pada usia 0-3 tahun. 
Dan seawal usia 4 tahun, anak dah bina 80% personality kekal.

Adakah kita nak biarkan anak melepasi umur kritikal ini hanya dengan gajet semata-mata, asalkan kita tak susah dan tak letih melayan mereka? 

4 tahun tu tak lama. Jangan kerana selama 4 tahun kita pandang remeh, akhirnya kita binasakan hidup anak sampai bila-bila. 

Gajet datang untuk bantu dan memudahkan. Tapi kalau ia jatuh ke tangan-tangan yang tiada ilmu dan kesedaran, maka nahaslah.

Fikirkan, dan bertindak sekarang. 

Saya harap perkongsian saya kali ni membuka mata dan minda anda, serta orang-orang di sekeliling anda. 

Semoga Allah sentiasa lindungi kita dan zuriat keturunan kita dari sebarang musibah yang disebabkan oleh tangan-tangan kita sendiri. 

Untuk baca lebih lanjut tentang aktiviti2 yang berkesan dalam merawat ketagihan gajet, 
dan pelbagai tips untuk memastikan perkembangan anak berlaku dengan baik, 
baca dua buah buku bestseller saya:

#WhySoSeriousParents dan #3Kertas3Krayon3PenselWarna 

Kedua-duanya adalah dalam Bahasa Malaysia mudah dan santai. Hadamkan dan manfaatkan dalam hidup anda. 

InsyaAllah semuanya akan ok.


P/s: Saya terima banyak kecaman dari ibu bapa yang mempunyai anak autistic, kerana beranggapan saya keluarkan fakta bahawa gajet penyebab autism. Tolong jangan salah faham ye. Apa yang saya kongsikan selama ni adalah untuk anak-anak biasa, dan bukan anak-anak "superhero" seperti anak-anak kalian. Sepertimana yang Prof Mariani sebutkan dalam WHI semalam, anak-anak autistic mempunyai pengecualian, di mana gajet adalah keperluan untuk tujuan komunikasi dan mengawal kelakuan mereka. Yang menjadi isunya adalah apabila anak-anak yang dilahirkan normal, tapi disogokkan gajet secara berlebihan sehingga mereka juga menunjukkan ciri-ciri mirip autism. Ini yang kita nak elak. Bagi anak-anak autism, mereka terkecuali. Untuk pengetahuan, saya juga mempunyai keluarga yang menghidap autism dan saya faham sensitivity anda. Salam sayang.


Sumber - Adlil Rajiah
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng, s1tus b0la 0nline terpercaya

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli