Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Aplikasi WhatsApp Alami Gangguan Seluruh Dunia

2 ulasan


Pengguna aplikasi sosial, WhatsApp cemas apabila perkhidmatan kegemaran mereka tergendala.

Menurut laporan DownDetector,gangguan berkenaan hanya melanda benua Eropah pada mulanya tetapi selepas itu dikatakan gangguan ini turut berlaku di negara seperti India, Singapura, dan Malaysia.

Gangguan perkhidmatan ini menyebabkan orang ramai tidak dapat menghantar pesanan antara satu sama lain dan aplikasi WhatsApp Web yang menggunakan data telefon turut mengalami masalah yang sama.

Dalam masa yang sama, orang ramai dikatakan kembali ke perkhidmatan pesanan lain seperti Facebook dan Twitter untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.

Pihak WhatsApp masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai gangguan ini dan pengguna ingin mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku.

Walau bagaimanapun, aplikasi ini kembali berfungsi seperti biasa pada  pukul 5.10 petang.




Sumber: Metro UK
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli