Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Shahir Masih Mengigau Setiap Malam, Seolah-olah Mahu Lari Dari Katil - Ibu

5 ulasan

Kuala Lumpur:  Ibu kepada salah seorang mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terselamat menjelaskan anaknya sering terjaga di tengah malam kerana mengalami trauma yang mendalam selepas tragedi itu.

“Setiap malam jam 1 hingga 3 pagi anak saya akan mengigau dan seolah-olah mahu lari daripada katilnya akibat masih trauma. Dia kini dalam rawatan dengan pakar psikiatri akibat trauma keterlaluan kerana tragedi kebakaran itu,” kata Datin Nor Faizah Arifshah, 43, ibu kepada Muhammad Shahir Sharifuddin, 11, yang cedera dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Muhammad Shahir antara enam pelajar yang terselemat dalam tragedi yang mengorbankan nyawa 21 rakan dan dua orang gurunya yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, jam 5.15 pagi, 14 September lalu.


Menurut Nor Faizah, anaknya yang melecur 20 peratus dibahagian belakang dan tulang rusuk patah sedang menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Bagaimanapun, akhir-akhir ini anak saya kerap mengigau dan menangis setiap kali tidur malam menyebabkan kami terpaksa menghantarnya mendapatkan rawatan dengan pakar psikiatri.

“Doktor mengesahkan anak mengalami trauma terlalu dalam akibat tragedi itu. Setiap malam dia mengigau seperti mahu lari daripada katil menyebabkan saya kena memeluknya serta menenangkan dengan perkataan ‘adik dah selamat, umi ada sebelah", katanya yang dipetik dari laporan Harian Metro.

Nor Faizah berkata, bagaimanapun, anaknya tidak serik dan masih ingin meneruskan pengajian di pusat tahfiz itu yang akan mula beroperasi bulan depan.

“Ketika doktor meminta anak meluahkan perasaannya bagi mengurangkan trauma, dia hanya mahu berjumpa ustaz di pusat tahfiz berkenaan dan saya faham mungkin dia lebih selesa dan memerlukan sokongan daripada mereka,” katanya.


Sementara itu, pengetua pusat tahfiz berkenaan, Mohd Zahid Mahmood menjelaskan, pihaknya bersyukur kerana 15 pelajar terselamat sudah menyatakan persetujuan untuk meneruskan pengajian di pusat berkenaan dijangka awal bulan depan.

“Terima kasih kepada ibu bapa yang masih yakin dengan kami dan menyatakan persetujuan menghantar anak mereka untuk diasuh sempurna dengan kalimah suci Allah SWT.

“Malah, kita juga menerima 100 permohonan baru daripada pelajar untuk memasuki pusat tahfiz ini tetapi kami perlu melakukan temu duga terlebih dulu. Berdasarkan kapasiti bangunan baru hanya mampu menempatkan 60 pelajar saja,” katanya.

Jelasnya, bangunan baru itu masih dalam proses penambahbaikan mengikut garis panduan diberikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Proses ubah suai mungkin memakan masa antara dua hingga tiga bulan namun kami sudah mempunyai penempatan sementara untuk pelajar ini.

“Bangunan lama yang terbakar juga akan diubah suai untuk dijadikan pusat pengajian kitab turath. Doakan semoga semua usaha kami ini dirahmati Allah,” katanya.

Sumber- Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng, s1tus b0la 0nline terpercaya

    BalasPadam
  2. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  5. Ingin Bermain Poker Online atau togel Dengan Uang Asli ?
    Tapi Ngak Tau Situs Poker Online Yang Bisa Di Percaya . ?
    Dewalotto^info situs paling terpercaya
    Dengan Pelayanan Terbaik ( Customer Service ) .
    Customer Service Online 24 Jam .
    Infomasi Lengkap Kunjungi : DEWALOTTO

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli