Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Amaran Hujan Lebat Tahap Jingga Untuk Kedah, Perlis, Pulau Pinang & Perak Sehingga Hari Ini

2 ulasan


Kuala Lumpur, 5 Nov - Malaysian Meteorological Department hari ini mengeluarkan satu amaran hujan lebat yang diramalkan melanda beberapa buah negeri di negara ini pada Ahad.

Dalam satu ramalan yang dimuat naik ke Facebook, Met Malaysia berkata Negeri Kedah, Perlis, P. Pinang dan Perak (Daerah Kerian, Larut, Matang & Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) dijangka akan mengalami hujan lebat berserta angin kencang sehingga hari ini.

Dalam pada itu, amaran hujan lebat peringkat kuning pula dijangka berlaku di Kelantan dan beberapa daerah di Terengganu.

Berikut pecahan-pecahan amaran yang telah dikeluarkan oleh Met Malaysia.

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)
Hujan lebat berterusan berserta angin kencang yang sedang berlaku di negeri Kedah, Perlis, P. Pinang dan Perak (Daerah Kerian, Larut,Matang&Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) dijangka sehingga Ahad, 5 November 2017.

SEKSYEN B: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

Hujan berterusan berserta angin kencang dijangka berlaku di negeri Kelantan dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu) sehingga Ahad, 05 November 2017.

SEKSYEN C: AMARAN RIBUT PETIR
Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perak (Daerah Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datoh, Hilir Perak, Muallim dan Batang Padang), Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Klang dan Hulu Langat), WP Kuala Lumpur, Pahang (Daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Bentong) dan Sarawak : Bahagian Mukah dijangka berterusan sehingga awal petang, Ahad 5 November 2017.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )

  1. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu
    Wujudkan impian anda hanya di dewalotto.com

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli