Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ada Jemaah Batalkan Umrah Gara-Gara Video Palsu Mengatakan Jeddah Akan Dilanda Bencana Alam Dan Ribut Taufan

4 ulasan

Video ribuan monyet yang melintasi jalan raya di Arab Saudi yang tular di media sosial sehingga mendapat perhatian ramai netizen di negara kita sejak bebarapa hari lepas dikatakan hanyalah satu posting palsu.

Dalam rakaman berdurasi 1 minit itu menunjukkan haiwan tersebut berpusu-pusu melintasi lebuh raya yang menghubungkan Mekah dan Madinah.

Kerana video itu lelaki berkenaan mendakwa haiwan itu sedang berhijrah dari Jeddah ke Madinah kerana akan berlaku bencana alam dan gempa bumi di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun ternyata apa yang dimuatnaik oleh lelaki berkenaan adalah palsu semata-mata kerana kejadian monyet melintas berkenaan adalah perkara biasa berlaku di Arab Saudi.

Untuk menguatkan dakwaan itu lelaki berkenaan turut memuatnaik video kononnya Jeddah dilanda ribut baru-baru ini sedangkan video itu menunjukkan kejadian ribut yang berlaku di akasya AVM di Instambul pada 27 Julai lalu dan ceramah seorang ustaz tentang kisah akhir zaman.


"Ribuan monyet dari jeddah berhijrah ke madinah ..dipercayai akan berlaku bencana dan gempa bumi...Allah menggoncangkan kota jeddah yg banyak kejadian haram berlaku dijeddah yg di banjiri ribuan tentera US dijeddah ..konon nak mengawal timur tengah dari ancaman pengganas,syiria dan iran."

"Subhanallah..jeddah banjir dan ribut taufan berlaku sekarang...Allahhuakbar," tulis lelaki berkenaan bersama video-video itu.

Ternyata niat lelaki berkenaan berjaya menakutkan orang ramai apabila ramai netizen dilihat telah berkongsikan posting itu sebanyak 6,538 kali ketika ini, bahkan kerana posting itu ada jemaah hampir membatalkan umrah mereka kerana bimbang dengan kejadian bencana alam itu.

Memetik portal StepFeed, kejadian monyet melintas tersebut adalah merupakan perkara biasa berlaku kerana kawasan berkenaan merupakan laluan utama dan monyet-monyet berkenaan bertumpu di sana kerana ramai jemaah lalu lalang memberi makanan kepada mereka.

Pusat Kebangsaan Gempa Bumi dan Gunung berapi, yang merupakan sebahagian daripada Pihak Berkuasa Geologi Arab Saudi mengatakan bahawa pergerakan haiwan jenis ini tidak menandakan sebarang  bencana alam.

Manakala menurut seorang rakyat Malaysia yang menetap di Arab Saudi bernama Masnira Ramli, beliau menerima begitu banyak pertanyaan mengenai khabar angin ini sehinggakan tidak larat menjawab.

Beliau membuat satu posting menjawab segala persoalan ini.

Tekan gambar untuk link ke Stepfeed

"Wahai malaysia ku.. bangsaku.. stop lah percaya cerita2 karut dan fitnah. Stoplah tularkan benda2 yang tiada asas," tulis beliau.

Beliau juga menasihatkan supaya mana-mana jemaah haji yang takut dengan khabar angin itu supaya jangan membatalkan umrah mereka kerana berita tidak tahu hujung pangkal itu.

"Monyet banyak je kat sini.. kat taif banyak.. ada satu kawasan dalam video ni memang banyak monyet kat situ.. kalau nak ke madinah memang biasa jumpa."

"Dah, kesian monyet-monyet ni jadi mangsa cerita rekaan manusia," tulis beliau mengakhiri penerangannya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    www.dewapk.com

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. F4ns Bett1ng agent bola terpercaya di Indonesia
    buruan daftar 5ee80afe

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli