Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

26 Maut Dan 20 Lagi Tercedera Diserang Ketika Berada Di Dalam Gereja


Sekurang-kurangnya 26 orang maut dan 20 orang lagi cedera dalam serangan tembakan di sebuah gereja di Texas oleh seorang lelaki yang menceroboh masuk ke dalam gereja tersebut.

Sumber daripada Jabatan Keselamatan Texas, berkata suspek bersenjata yang menjadi dalang serangan tersebut telah dikenali sebagai Devin Patrick Kelley, 26 tahun.


Dia yang berpakaian serba hitam menceroboh masuk ke Gereja First Baptist ketika para jemaah gereja tersebut sedang menjalankan ritual hari Ahad.

Menurut sumber tersebut lagi, suspek tersebut berasal dari pekan San Antonia walaupun mempunyai saudara yang menetap di Suterland Springs, di mana gereja tersebut berada. Berdasarkan maklumat yang terdapat pada akaun Linkednya, suspek menunjukkan yang dia pernah berkhidmat dengan Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF).

Wakil USAF, Ann Stefanek berkata Kelley adalah bekas anggota Tentera Udara yang ditugaskan di bahagian logistik dari tahun 2010 hingga 2014 di Pengkalan Tentera Udara New Mexico, sebelum ditamatkan perkhidmatan. Menurut rekod, Kelley mempunyai masalah disiplin selain pernah didakwa atas kesalahan menyerang isteri dan anaknya. Akibat kesalahan tersebut, Kelley pernah menjalani hukuman penjara tentera selama 12 bulan dan diturunkan pangkat.


Menurut polis, suspek menceroboh masuk ke dalam gereja dengan menbawa sejata jenis 'rifle' yang sebelum itu dilihat berada di sebuah stesen minyak berdekatan. Suspek juga dikatakan sempat memukul beberapa jemaah gereja sebelum melarikan dengan sebuah kenderaan.

Suspek kemudiannya ditemui mati di Daerah Guadelupe namun pihak polis masih belum dapat memastikan punca kematiannya.

Gabenor Texas, Greg Abbott menyifatkann kejadian serangan tersebut sebagai yang terburuk dalam sejarah moden negeri Texas. Beliau turut mengesahkan kanak-kanak berusia 5 tahun dan wanita mengandung antara yang turut terkorban dalam serangan tersebut.

''Doa kami untuk semua mangsa yang terjejas dengan tindakan zalim ini. Terima kasih kepada pihak berkuasa atas tindak balas mereka'' kata Abbott melalui satu kemas kini di Tweetternya.

Manakala pegawai penyiasat memberitahu bahawa pihak mereka telah memeriksa semua akaun media sosial Kelley, salah satunya menunjukkan dirinya bergambar dengan sejenis rilfe serangan, AR - 15.

''Dia datang dan kemudian berjalan masuk ke dalam gereja, melepaskan tembakan dan melarikan diri'', kata Henry Cuellar yang memberitahu suspek datang dari arah Comal Country, timur laut San Antonio.

Sutherland Spring adalah sebuah kawasan yang mempunyai populasi yang sangat remdah iaitu hanya 362 orang penduduk sahaja. Dengan jumlah kematian tersebut, dikatakan populasi penduduk di kawasan itu berkurang sekitar 7 peratus.

Pekan tersebut digambarkan sebagai sebuah ''pekan dengan cahaya begermelapan'' oleh media kerana dianggap sebagai sebuah komuniti yang mempunyai pegangan agama yang saat kuat.


Sekurang-kurangnya 8 orang mangsa yang cedeara dalam serangan tersebut dibawa ke hospital berdekatan. Salah seorang mangsa adalah kanak-kanak yang berusia 5 tahun. Turut dilpaorkan cedera adalah anak pastor gereja tersebut yang berusia 14 tahun, namun ketika kejadian pastor terbabit dilaporkan tidak berada di tempat kejadian.

Pesiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam satu tweetnya menyifatkan kejadian serangan itu sebagai ''perbuatan jahat dan zaman gelap'', sambil menyeru semua rakyat Amerika Syarikat melakukan yang terbaik dan berganding bahu. Trump ketika ini berada di Jepun.
Sumber : The Independent UK 

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  2. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli