Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''23 Tahun Hidup Tanpa Identiti, Umur Pun Saya Agak Saja'', Rintihan Gadis Yang Hidupnya Bagaikan Orang Hanyut Tanpa Negara

2 ulasan

Seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Ain nyata hidup dalam dilema apabila tiada sebarang rekod seperti dokumen kelahiran ataupun kad pengenalan yang dapat menjelaskan identiti sebenarnya.

Walaupun sudah berumur 23 tahun, Ain langsung tidak mengetahui bila dia dilahirkan hingga terpaksa mengagak usia dirinya sendiri.

“Saya sebolehnya mahu berkeluarga, malah tahun depan saya merancang untuk bernikah. Calon suami pun sudah ada, tapi macam mana mahu isi borang kalau saya sendiri tidak ada identiti.

“Kalau boleh saya mahu jadi warganegara yang sah, tidak lagi hidup dalam ketakutan, malah sampai sekarang saya tidak tahu asal-usul atau mengenali siapa wanita melahirkan saya,” katanya.

Menurut Ain, dia sudah beberapa kali sejak beberapa tahu lalu ke Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) termasuk di Putrajya untuk memohon MyKad, namun hampa kerana permohonannya ditolak akibat kekurangan bukti untuk membuktikan bahawa dia dilahirkan di negara ini.

Ain turut mengumpamakan dirinya bagaikan orang hanyut kerana tanpa dokumen pengenalan diri, tiada mana-mana negara yang mahu menerimanya sebagai rakyat yang sah.

Gadis itu ketika berkongsi kisah hidupnya memberitahu bahawa ketika kecil dia membesar di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur sebelum diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga pada usianya kira-kira enam tahun. Dia kemudiannya diserahkan kepada satu keluarga angkat yang lain beberapa tahun kemudian.

“Memang saya tak ingat apa-apa ketika itu. Sepanjang dijaga dua keluarga angkat terbabit yang menetap di Ampang, Selangor dan Kuala Lumpur saya tidak pernah ke sekolah selain tidak ada nama secara rasmi.

“Ain panggilan keluarga angkat kepada saya, jadi saya anggap itu nama rasmi saya. Umur pula saya agak saja 23 tahun kerana langsung tidak tahu tahun sebenar dilahirkan,” katanya lagi.

Tambahnya, ketika dia tingga bersama keluarga angkat itu, dia terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan orang dewasa seperti menjual sate, menyiang ayam dan ikan serta menjadi pembantu gerai. Sebagai seorang kanak-kanak pada ketika itu, Ain ingin bersekolah namun tidak dibenarkan kerana tidak mempunyai dokumen kelahiran dan menyebabkan dia hidup dalam tekanan.

Bercerita lebih lanjut, pada usia 12 atau 13 tahun, dia kemudannya nekad untu melarikan diri daripada keluarga angkat dan kembali ke Chow Kit. Ain kemudian ditakdirkan bertemu dengan seorang pondan dan dijaga olehnya untuk beberapa tahun.

Selain bekerja mencuci pinggan di sebuah restoren mamak, Ain merasa gembira kerana pondan tersebut rela mengajarnya membaca dan mengira.

Namun, saya diminta keluar dari rumah berkenaan kerana ketika itu bimbang ditangkap berikutan menjaga orang hanyut macam saya. Menggunakan wang simpanan bekerja di restoran mamak, saya cari kerja lain dan hidup berdikari sampai sekarang.

“Saya pernah cuba menjejak semula individu menjaga saya termasuk pondan terbabit namun gagal kerana rumah yang pernah saya diami sebelum ini tiada lagi dan sudah dibangunkan menjadi taman perumahan.

“Lebih menyulitkan saya tidak tahu siapa mereka, cuma tahu panggilan ringkas bukan nama penuh. Begitu juga dengan ibu bapa kalau ada rezeki berjumpa mereka saya bersyukur, kalau sebaliknya apa boleh buat,” rintih gadis ini lagi.

Hidupnya lebih malang apabila mendakwa pernah ditipu sebanyak RM 5000 oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai JPN yang kononnya boleh membantu mendapatkan MyKad menggunakan jalan belakang.

Sumber : myMetro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini F4ns Bett1ng (5ee80afe) ^^

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli