Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Yang Ucap Tahniah Kenapa, Bila Masa Saya Kawin - AR Badul


Baru-baru ini tersebar khabar berita bahawa pelakon dan pelawak veteren, AR Badul, 67, mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita muda setelah foto mereka berdua dimuat naik oleh rakan artis Sabtu lalu.

Namun, tuan empunya diri tampil menafikan berita itu, sebaliknya memberitahu bahawa foto perkahwinan tersebut diambil ketika di set penggambaran sebuah drama komedi berjudul Tuyul Ke London baru-baru ini.

"Mana ada kahwin, itu gambar ketika penggambaran drama Tuyul Ke London saja. Saya pun terkejut bila ada rakan-rakan artis yang sebarkan dan ucap tahniah.

"Wanita itu pelakon baru dan membawa watak sebagai isteri saya dalam drama tersebut," ujarnya lagi.

Badul bekata demikian ketika mengulas mengenai foto perkahwinan yang dimuat naik ke Instagram oleh pelakon Ezany Nazariff pada Sabtu lalu.

A post shared by Tuyul ke LONDON (@tuyulkelondon) on


Ujarnya lagi, dia amat terkejut ketika dihubungi wartawan bagi mendapatkan kepastian sama ada dia benar-benar mendirikan rumah tangga dengan gadis itu.

"Saya rasa perlu jelaskan kepada isteri saya terlebih dahulu sebelum dia dengar saya bercakap dengan wartawan tentang perkara itu. Saya tidak mahu timbul salah faham pula," ujarnya.

Tambahnya, drama yang dibintanginya itu bakal ditayangkan di salah sebuah saluran milik stesen televisyen berbayar tanah air pada Disember depan.

Badul yang merupakan anak kepada seniman AR Tompel sebelum ini pernah melalui tujuh kali fasa perkahwinan.

Sumber : mStar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

  2. join yuk guys di areatoto.com
    ada sportbook togel casino sabung ayam
    minimal deposit 20 ribu dan withdraw 50 ribu
    hanya dengan 1userid sudah bisa bermain semua games lo

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli