Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Waris Atau Mangsa Kren Runtuh Tidak Akan Dapat Pampasan Seperti Dijanjikan

6 ulasan

Mangsa kren runtuh pada musim haji 2015 tidak akan mendapat sebarang diyyah (wang pampasan) itulah yang diputuskan oleh Mahkamah Makkah, kelmarin.

Menurut Mahkamah Makkah, kejadian itu berlaku disebabkan faktor alami bukan disebabkan kecuaian manusia.

Sementara itu, Lembaga Tabung haji sedang berusaha mendapatkan kenyataan rasmi kerajaan Arab Saudi berhubung keputusan itu.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Tabung Haji akan memaklumkan kepada semua waris jemaah sebaik menerima kenyataan balas daripada kerajaan Arab Saudi.

Disamping itu, pihak Mahkamah Makkah telah membebaskan 13 pekerja Binaldin Group yang dipercayai bertanggungjawab terhadap kejadian kren gergasi di Tanah Suci.

Berdasarkan sumber, pada September 2015, seramai 108 mangsa terbunuh dan 238 cedera apabila kren yang digunakan untuk menaik taraf Masjidil Haram itu tumbang.

Mengikut rentetan tragedi malang itu, Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud dilaporkan bersetuju membayar pampasan kepada semua mangsa yang terbabit dalam nahas kren runtuh di Masjidil Haram.

Mengikut laporan, nilai pampasan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kepada jemaah meninggal dunia, jemaah cedera yang hilang keupayaan kekal dan jemaah yang hanya mengalami kecederaan biasa.

Mereka akan dibayar SR1 juta (RM1.81 juta), bagi jemaah yang meninggal dunia dan jemaah yang hilang keupayaan kekal, manakala kecederaan biasa akan diberi SR500,000 (RM588,976) sebagai pampasan.

Muhamad Hafizan Muhammad Noor, 28, merupakan salah seorang waris daripada tujuh mangsa dari Malaysia mengakui mereka sekeluarga reda akan pemergian ibu tetapi terkejut dengan keputusan Mahkamah Makkah itu.

“Sebelum ini mereka (kerajaan) menjanjikan wang pampasan berkenaan,” katanya yang merupakan anak ketiga Allahyarham Rohana Ismail, jemaah haji Malaysia yang terkorban dalam tragedi itu.

Menurutnya, mereka tidak kisah jika diberikan pampasan atau tidak, namun akan terus menunggu kerana mempunyai perancangan seperti sedekah dan derma atas nama arwah ibunya.

“Bagaimanapun, kami reda dan berharap kerajaan Malaysia campur tangan terutama kepada mangsa yang cacat kekal serta memerlukan wang berkenaan,” tambahnya.

Baca: Raja Arab Saudi Umum Berikan Pampasan 1 Juta Riyal Kepada Mangsa Kren Runtuh Di Mekah

Sumber - Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 6 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    www.dewapk.com

    BalasPadam
  3. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

  4. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli