Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Terkini: Lebih 50 Maut Dalam Serangan Bersenjata di Las Vegas, Paling Dasyat Dalam Sejarah AS



Amerika - Lebih 50 terbunuh dan 200 cedera dalam satu serangan bersenjata di Mandalay Bay Resort and Casino di Las Vegas dalam kejadian hari ini.

Kejadian itu menjadikannya sebagai insiden tembakan paling dahsyat dalam sejarah A.S. moden.

Menurut beberapa video dari saksi yang dimuat naik ke media sosial, dapat didengar tembakan tanpa henti dilepaskan oleh penembak yang disifatkan sebagai 'lone wolf' oleh pihak berkuasa.

Dapat dilihat orang ramai bertempiaran lari apabila tembakan dilepaskan.


Penembak itu dikenali sebagai Stephen Paddock, seorang penduduk di Mesquite, Nevada yang berusia 64 tahun.

Insiden itu mengambil tempat ketika penyanyi Jason Aldean sedang membuat persembahan di atas pentas di kawasan berkenaan.

Menurut Telegrahp, lelaki itu 'menyembur' peluru dari tingkat 32 di Mandalay Bay sehinggakan ada pengunjung yang menyangka ianya persembahan bunga api. Motif kejadian masih belum diketahui.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli