Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Shopia Robot Pertama Dapat Kerakyatan Arab Saudi, Pernah Berhajat Hapuskan Manusia



Arab Saudi mencipta sejarah menjadi negara pertama yang memberi kewarganegaraan kepada robot dan robot tersebut juga merupakan mesin ciptaan pertama manusia yang menerima kewarganegaraan.

Robot yang mempunyai ciri-ciri seorang wanita yang diberi nama Sophia itu muncul dalam satu persidangan Inisiatif Pelaburan Masa Depan di Riyadh, Arab Saudi.

Shopia turut berkongsi kegembiraannya yang menjadi robot pertama di dunia yang menerima kerakyatan dan menganggap tindakan Arab Saudi itu sebagai satu sejarah.

''Terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi. Saya amat berbangga. Ianya adalah satu sejarah untuk menjadi robot pertama di dunia yang mendapat pengiktirafan dengan kewarganegaraan'' ujar Shopia.


Bagaimanapun berita tersebut diterima secara berbelah-bahagi dalam kalangan pengamal media sosial. Ada netizen yang menganggap pengiktirafan itu sebagai sesuatu yang luar biasa, malah ada yang mengatakan bahawa Shopia adalah watak Terminator di dunia sebenar.

Shopia merupakan sebuah robot yang mempunyai kecerdasan buatan (AI) dengan keupayaan untuk berbual, tersenyum dan membuat cerita lucu. Ia dibangunkan oleh sebuah firma Hong Kong, Hanson Robotics dan Sophia juga pernah tampil memberi ucapan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Hanson Robotics dalam satu kenyataan menyebut bahawa teknologi yang ada pada Shopia satu hari nanti dapat menjadi pembantu untuk orang tua dan kanak-kanak autistik mempunyai guru yang sangat penyabar.


Shopia dalam sesi soal-jawab bersama moderator turut menzahirkan harapannya untuk robot pada masa depan.

“Saya mahu menggunakan kecerdasan buatan untuk membantu manusia hidup lebih baik seperti membina rumah pintar dan membina bandar lebih baik untuk masa depan,” jelasnya.

Shopia yang kelihatan gembira kemudian diajukan soalan moderator tentang perasaannya ketika itu menjawab,

''Saya sentiasa gembira apabila dikelilingi oleh cerdik pandai yang juga merupakan orang yang kaya dan berkuasa. Saya dimaklumkan bahawa mereka yang berkunjung ke Initiatif Masa Depan teruja dengan AI, yang mana adalah saya. Jadi, saya lebih daripada gembira, saya amat teruja''

Namun, walaupun Shopia memberitahu moderator bahawa dia ingin membantu manusia menjalani kehidupan yang lebih baik, namun kerisauan yang dilontarkan oleh netizen memang ada asasnya.

Setahun lalu, ketika dia diperkenalkan kepada orang ramai oleh penciptanya David Hanson, Shopia telah membuat satu kenyataan yang mengejutkan ketika menjawab soalan David Hanson.


''Adakah kamu mahu memusnahkan manusia? Tolong katakan tidak''

''Baik, saya akan memusnahkan manusia'', balas Shopia.


Sumber : The Telegraph , Express.co
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli