Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Pegawai Pengiring Najib Hampir Jatuh Kena 'Tolak' Dengan Krew Formula 1 Ferrari Di Litar Sepang

3 ulasan

Sejak semalam tular di laman sosial sebuah video sebuah kejadian yang menjadi bualan ramai netizen di mana ianya berlaku semasa berlangsungnya perlawanan Formula 1 di litar Antarabangsa Sepang.

Video yang tersebar itu menunjukkan kelibat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa pegawai pengiringnya melalui sekitar kawasan perlumbaan, kemungkinan Pit Stop.

Semasa melalui kawasan itu, dilihat seorang krew pasukan Scuderia Ferrari telah bertindak menolak pegawai ke tepi apabila sebuah kereta mereka sedang ditolak memasuki kawasan berkenaan.

Lelaki itu sebenarnya cuba mengelakkan para pegawai itu dari dilanggar kereta Formula 1 tersebut, caranya mungkin dilihat agak kasar, tetapi mungkin kerana tidak mahu berlaku sebarang kecederaan kepada orang sekitar kawasan berkenaan.



Scuderia Ferrari merupakan pasukan utama dalam dunia Formula 1 di mana jentera mereka dipandu oleh Sebastian VETTEL dan Kimi RAIKKONNEN.

Apa pun krew tu tolak sebab dia tak mahu kejadian tidak diingini terjadi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. last time masuk pit stop. kena langgar tak ada insurance .

    BalasPadam
  2. Tau escort je tapi tak tau prosedur atas trek f1

    BalasPadam
  3. org sibuk dgn pertandingan ko bersiar2 pulak kat situ, baik langgar je

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli