Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Niat Hendak Bergurau, Bakal Pengantin Cedera Kena Mercun Yang Diikat Pada Badan Oleh Rakan

One Comment

Guangzhou (China) - Gurauan yang dilakukan oleh rakan-rakan pada hari perkahwinan seorang bakal pengantin lelaki bertukar menjadi tragedi apabila dia terpaksa di rawat di hospital akibat terkena mercun yang dipasang pada punggungnya.

Sebuah rakaman video yang tersebat di media sosial di China menunjukkan lelaki itu diikat pada sebatang tiang lampu di tepi jalan di bandar ini.

Mercun papan yang berwarna merah dilihat diikat pada bahagian punggung lelaki itu sebelum dibakar oleh rakannya dihadapan ahli keluarga dan rakan yang lain .

Bakal pengantin tersebut dilihat menjerit kesakitan selepas mercun dibakar kerana terkena pada punggungnya.


Asap tebal dari mercun yang dinyalakan membuatkan tubuh lelaki tersebut tidak kelihatan sebelum belakang badannya dilihat cedera dan berdarah.

Lelaki tersebut dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut sejurus rakan dan ahli keluarganya menyedari kecederaan yang dialaminya kerana bahagian belakang dan punggungnya dipenuhi darah.

Penduduk di China membuat pelbagai aksi bahaya sebagai satu bentuk gurauan terhadap rakan mereka yang bakal menamatkan zaman bujang

Sumber- Mirror

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli