Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Hafiz Bukan Taste Saya, Dia Tak Layak Jadi Suami, Dia Gagal Beri Nafkah Batin - Joy Refva


Joy Refva atau Siti Arifah Mohd Amin telah mengadakan sidang media sebentar tadi, bagi menjawab persoalan orang ramai tentang status perkahwinan beliau bersama Hafiz Hamidun.

Menurut Joy Refva, perkahwinan beliau dengan Hafiz Hamidun disokong oleh ibunya yang menganggap Hafiz sebagai seorang yang beragama, baik dan boleh menjadi suami yang baik.

“Kalau ikutkan saya, Hafiz Hamidun bukan taste saya,” ujar Joy Revfa.


  • Jelasnya, Hafiz Hamidun sebenarnya tidak layak untuk bergelar suami beliau mahu pun bapa kepada anaknya kerana tidak mampu memberikan nafkah seperti lelaki lain.


“Saya memang tidak mahu meneruskan pernikahan ini. Saya sangat lapang hati dan setuju untuk meneruskan permohonan cerai ini.” katanya.

Ketika diminta mengulas tindakan suaminya, penyanyi Hafiz Hamidun, 33, memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari hari ini, Joy menyatakan dia tidak tahu mengenai permohonan cerai itu dan hanya dimaklumkan mengenainya oleh pihak media.

"Pihak Hafiz tidak beritahu apa-apa. Pihak media yang beritahu tadi.

“Apabila Hafiz bertindak demikian, ia boleh menyebabkan ramai orang keliru. Ini kerana sebelum ini dia mendakwa saya bukan isterinya. Jadi, apabila dia memfailkan perceraian, secara tidak langsung ini menunjukkan saya adalah isterinya," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Shah Alam, hari ini.

Belaui dalam pada itu turut berpendapat Hafiz bukanlah lelaki yang baik dan bertanggungjawab.

"Dia gagal melindungi saya sebagai isteri. Bagi saya, dia tidak layak menjadi suami. Ini kerana dia gagal memberi nafkah batin," katanya.

Sementara itu, Hafiz Hamidun terlebih awal memfailkan permohonan cerainya terhadap Joy Revfa di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya melalui peguamnya Zulkifli Yong Azmi.



BACA: Hafiz Hamidun Failkan Permohonan Cerai Terhadap Joy Refva

Sumber - Rotikaya
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli