Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video & Gambar) Tangga Naik Pesawat Tumbang Terkena Tujahan Angin Enjin Pesawat Lain, 9 Cedera Termasuk Seorang Parah


Sebuah tangga yang digunakan untuk masuk ke dalam pesawat telah tumbang menyebabkan 9 orang penumpang dan kru cedera termasuk seorang parah ketika sedang menaiki pesawat Batik Air 6356 semalam.

Tangga tersebut tumbang dipercayai akibat dipukul tujahan angin enjin jet daripada pesawat Garuda Air yang lalu disebelah pesawat Batik Air tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Ahmad Yani, Jawa Tengah.




Genaral Mager PT Angkasa Pura 1 Bandara, Ahmad Yani Semarang dilaporkan berkata, pesawat Batik Air adalah pesawat yang tiba dahulu di Ahmad Yani dan semua penumpang dari Jakarta sudah diturunkan.

Manakala insiden tersebut berlaku ketika pesawat sedang membuat persediaan untuk menaikkan kembali penumpang dalam penerbangan kembali ke Jakarta.


"Ketika itu terdapat pesawat Garuda dari Surabaya yang mendarat dan memasukan kawasan berhampiran pesawat Batik air.



"Akibat dipukul dentuman jet daripada pesawat Garuda Air, tangga yang terpasang di pesawat di batik air tumbang," katanya.

Ujarnya lagi, semua mangsa yang cedera dibawa ke Rumah Sakit Columbia Asia di Kalibateng.





Sumber : Detik News
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli