Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Dimana Adab? Video Dua Kanak-Kanak 'Dibuli' Ketika Sedang Solat Berjemaah Dikongsi Lebih 14,000 Kali

2 ulasan

Satu video yang merakamkan detik biadap dimana dua orang kanak-kanak diusik seolah-olah seperti dibuli ketika sedang menunaikan solat secara berjemaah menjadi viral di media sosial sejak semalam.

Video yang telah dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Mat Hj Salus itu mendapat perhatian netizen seterusnya telah dikongsi sebanyak 14,000 kali sejak dimuat naik pada jam 9 pagi semalam.

Dipercayai, video itu merupakan rakaman CCTV di dalam ruang solat di sebuah masjid yang tidak didedahkan tempatnya namun agak menyentap hati kerana memaparkan dua orang kanak-kanak diusik ketika sedang solat.

Dapat dilihat sekumpulan kanak-kanak dapat dilihat menarik seluar kanak-kanak yang sedang solat itu dan membuat tarian aneh yang dipercayai untuk mengacau kanak-kanak terbabit.

Kanak-kanak yang 'dibuli' itu cuba mempertahankan diri sebelum meneruskan solat namun terus diganggu.

Di minit pertama video, terdapat kelibat seorang dewasa menyertai saf dua kanak-kanak itu bersolat namun kumpulan pembuli itu terus dengan kegiatan biadap mereka itu.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada mereka bergurau dan sama ada kumpulan pembuli itu merupakan rakan kepada kanak-kanak terbabit.

Mat Hj Salus menulis:

"Kes serupa ink tidak sepatutnya berlaku didalam rumah Allah.sampai hati budak yg mendirikan solat diperlakukan macam binatang.dimana sifat sebagai manusia.adakah kedua ibubapa mereka tidak mendidik anak2 bagaimana beradab didalam rumah Allah..???"

Tonton video itu dibawah:

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Msalah budak nakal ni krg perhatian dari pemantauan bapa & ibu ....didikan kurenng d titik berat dari kecil...lbarat melentur buloh biarlah dari rebongnye...

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli