Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Dengan Hanya Dengar Bunyi Enjin Motosikal, Mekanik Buta Ini Sudah Tahu Apa Yang Rosak


Walaupun buta sejak bayi lagi, seorang lelaki dari China yang dikenali sebagai Zhu Shuyou, 60, tidak pernah mengalah dengan takdirnya. Dengan usaha gigih dan kecekalannya, dia kini adalah seorang mekanik buta yang mahir, mampu membaiki basikal dan motosikal. Malah semua kemahiran tersebut dipelajari sendiri, tanpa menghadiri mana-mana pusat latihan yang menawarkan pembelajaran tersebut.


Shuyou telah mengusahakan perkhidmatan bengkel membaiki motosikal selama 30 tahun di kampungnya, Yibin. Malah Shuyou juga seorang yang baik hati apabila mengenakan caj untuk alat ganti dan caj perkhidmatan pada kadar 10 peratus sahaja.

Walaupun tidak boleh melihat, Shuyou dianugerahkan Tuhan dengan kelebihan tersendiri yang mungkin tidak ada pada orang lain. Dengan hanya menyentuh dan mendengar bunyi enjin, dia mampu mengenal pasti kerosakkan hampir kesemua motosikal yang datang di bengkelnya. Dek kerana kecekapannya itulah dia mempunyai ramai pelanggan, selain faktor bayaran yang murah.


Menurut ibunya, Shuyou mengalami cacat penglihatan itu ketika berusia 6 bulan akibat jangkitan kuman pada otak. Disebabkan kecacatan itu, Shuyou tidak pernah menghadiri mana-mana sesi persekolahan untuk belajar membaca dan mengira.

Ibunya turut memberitahu bahawa bakat Shuyou sebagai mekanik dikesan sejak kecil lagi apabila dia diberikan basikal, Shuyou meleraikan basikal tersebut kemudian mampu memasangnya semula walaupun tidak dapat melihat. Lama-kelamaan, kemahiran Shuyou semakin teserlah apabila mampu mengesan bahagian basikal yang rosak kemudian membaikinya.

Tetapi siapa yang sangka, seorang mekanik buta yang mencari rezeki dengan membaiki basikal dan motosikal, Shuyou bukan sahaja mampu membina sebuah rumah untuk ibunya yang berusia 84 tahun, malah dia turut mampu membayar wang pendahuluan untuk membeli apartmen anak lelakinya di bandar.


Namun, segala kelebihan dan anugerah yang dimiliki olehnya, Shuyou tetap seorang lelaki yang merendah diri, malah memberitahu wartawan bahawa apa yang dia perolehi pada hari ini adalah hasil titik peluhnya sendiri.

“Saya tidak pernah merasakan saya lebih hebat daripada orang lain.

“Saya belajar secara sendiri dan memperoleh kehidupan yang baik seperti orang lain,” katanya.



Sumber : SHANGHAIIST
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli