Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Verstappen Juara Terakhir F1 Malaysia


Pemandu dari Red Bull, Max Verstappen menjadi juara terakhir bagi F1 Malaysia apabila muncul juara di Grand Prix Formula Satu Malaysia Petronas yang juga hadiah ulang tahun ke-20 paling sempurna dalam kariernya musim ini.

Kemenangan itu juga adalah yang sulung buat pelumba Belanda itu untuk musim 2017 selepas tujuh daripada 14 perlumbaan sebelum ini menyaksikan dirinya gagal menamatkan saingan.

Verstappen mencatat masa terpantas 1 jam 35.576 saat manakala pemandu Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton kedua, 1:36.932s.

Tempat ketiga diraih oleh rakan sepasukan Verstappen, Daniel Ricciardo dengan catatan 1:36.589s manakala tempat keempat diungguli oleh pelumba Ferrari dengan cacatan masa 1:41.345s.

Kali terakhir Verstappen muncul pemenang adalah di GP Sepanyol, Mei tahun lalu.

 Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli