Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Turki Henti Serta-Merta Visa Untuk Warganegara Amerika Syarikat


Hubungan diplomatik yang tegang antara Turki dan Amerika Syarikat (AS) berlarutan apabila Turki bertindak menghentikan serta-merta semua perkhidmatan visa untuk warganegara AS sebagai tindak balas tindakan sama Washington.

"Keputusan itu memaksa kerajaan Turki menilai semula komitmen kerajaan AS terhadap keselamatan bangunan dan kakitangan Turki," dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Twitter kedutaan Turki di AS.




Kenyataan tersebut juga menyebut, pergantungan serta-merta visa rakyat AS tersebut dilakukan sebagai usaha mengurangkan jumlah pelawat ke bangunan diplomat dan konsular di AS sementara penilaian diteruskan.

Sekatan yang dikenakan Turki ke atas AS tersebut lebih keras berbanding pendekatan yang di ambil AS yang menggantung visa 'bukan pendatang', kategori khusus yang merangkumi hal pelancongan, rawatan perubatan, perniagaan, bekerja sementra atau belajar

Manakala perkhidmatan visa pendatang hanya untuk mereka yang bercadang menetap terus di AS.

Sumber : Al-Jazeera
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

  1. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli