Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Step-Step Mudah Bagaimana Buat Sendiri Resume Gempak, Cantik Dan Tersusun Guna Powerpoint

2 ulasan

Pasti semua tahu kan mengenai resume? Tiap-tiap kali kita nak mohon sesuatu kerja ataupun apa-apa sahaja, mesti organisasi tempat kita memohon akan minta kita hantarkan resume terlebih dahulu. Tapi, macam mana nak buat resume? Nak pakai aplikasi apa? Susah ke Senang? Memeningkan kepala juga la kalau nak fikir pasal resume ni.

Seorang lelaki yang dikenali Ahmad Syamim Abdul Halim berkongsi cara mudah untuk membuat resume sendiri, yang paling penting adalah percuma. Kami bawakan perkongsiannya untuk anda. Semoga dapat membantu anda dalam membina resume sendiri.

RESUME LAYAK MASUK TONG SAMPAH


Assalamualaikum....di post yang sebelum-sebelum ni, ada macam-macam jenis feedback di post saya sendiri, dan di post yang other pages punya jugak. Saya rasa, kalau tengok dari post original saya, mungkin 90% positif, selebihnya negatif. Kat post yang ada satu page ni share, lebih banyak yang negative dari positif. Tapi takpe, biasa lah tu, semua orang ada pandangan masing-masing. Apa pun terima kasih semua yang share, saya terharu.

Salah satu komen yang saya baca, saya jadikan tajuk post hari ni. Mungkin design sebelum ni terlalu fancy dan agak kurang sesuai untuk kegunaan umum. Jadi, kali ni, saya nak share design yang lebih simple dan “mungkin” boleh diterima pakai di kebanyakan tempat (harap-harap).

Seronok jual resume. Bermacam jenis client yang saya kenal dari resume diorang. Ada yang biasa-biasa, ada yang luar biasa. Seronok, serious.Ada yang dah mula jual template resume sendiri. Seronok tengok. Dalam masa yang sama, ada terasa letih jugak, sebab komitmen kerja di office, anak yang dah nak masuk umur setahun, keluarga dan lain-lain. Tapi overall, memang seronok.

Saya memang design guna Powerpoint. Saya ada godek-godek Photoshop dan AI, tapi mungkin sebab dah terlalu selesa dengan Powerpoint, saya prefer guna Powerpoint. Tak tau lah di masa akan datang nanti kan. Saya pun ada explore benda-benda baru yang Powerpoint boleh buat. Saya tengok version 2013 dan version lebih baru, memang power. Ada macam-macam function baru yang 2010 takde (Saya masih guna 2010). Kalau ada peluang, boleh cuba explore di Youtube. Berlambak tutorial kat sana. Tak kurang jugak, tutorial Photoshop dan AI. Tapi macam kebanyakan komen di post sebelum ni, “bukan pasal tools sekarang ni, tapi kreativiti untuk design”.

Terlanjut menaip, gambar-gambar kat bawah ni, pembaca mungkin boleh faham briefly macam mana nak buat resume guna powerpoint (jangan lupa save as PDF sebelum hantar kat boss). Semoga bermanfaat untuk diri sendiri, kawan-kawan, sedara-mara atau mana-mana orang yang memerlukan resume segera.


Buka blank page. Saya biasa guna sizing A4 je. Caranya, tekan Design > Page Setup > Pilih size



Saya biasanya start design dari atas, turun ke bawah. 1st step, saya add box warna hitam tu sebagai heading. 2nd, saya tambah line halus bawah heading hitam tu (ikut kreativiti masing-masing). 3rd, saya add nama (nama contoh, saya tak kenal siapa elena ni). 4th, saya tambah ayat bawah nama untuk dijadikan Objective ke, Mission ke, Overview ke, Summary ke ikut kesesuaian.


Then saya ada lagi kotak lain kat sebelah kiri. Sebab saya suka letak info side-by-side. Saya tak prefer yang berterusan ke bawah. Kotak kecil atas untuk gambar, kotak bawah untuk info.


Masukkan gambar. Bulat ke petak ke doesn’t matter. Ikut kehendak masing-masing.


Kemudian saya masukkan info. Ikut keperluan masing-masing. Dan ikut kreativiti dan interest masing-masing.


Lagi info secukupnya.


Lagi info. Biar resume nampak padat dan teratur.


Saya tambah macam footer pulak. Untuk match kan warna biru kat kiri tu.


Saya guna balik footer tadi, sebagai header & footer untuk second page. Ikut kreativiti masing-masing.


Lagi info secukupnya. Kalau 2nd page pun dapat penuh, memang cantik.


Dah siap 1st and 2nd page.


Then saya akan save 2 page yang siap tadi sebagai JPEG.

1. Klik Save As

2. Tukar format jadi JPEG

3. Klik Save

Lepas save, saya buka powerpoint baru, then saya copy paste gambar JPEG tadi and letak sebelah-sebelah. Betulkan size lebih kurang. Then saya right click kat gambar, and saya tekan “Format Picture”


Klik 3D rotation, klik presets, klik perspective yang sesuai.

Masih lagi kat 3D rotation, bahagian yang saya kotakkan tu, adjust rotation 3D gambar. Biar Nampak timbul dan hidup.

Sekarang, klik 3D Format, tukar width dan height macam dalam gambar. Kalau rasa kurang sesuai, boleh main try and error width dengan height tu supaya dapat 3D yang terbaik.


Masih lagi kat 3D Format, klik Material, pilih Special Effect yang saya kotakkan. Kalau prefer special effect yang lain pun boleh. Ikut kesesuaian.

Sekarang klik Shadow. Tukar 3 benda yang saya box kan tu. Biasa saya memang guna 100, 45, 100. Tapi kalau nak try and error supaya jadi lain pun, boleh. No problem. Dah siap, tekan Close.


Jeng jeng jeng. Dah jadi 3D. Ni untuk display sahaja ya. Tak sesuai untuk dibagi kat boss. Boss takleh baca nanti. Ni sesuai untuk korang yang nak belajar editing dengan powerpoint. Saya confident Adobe boleh buat effect yang jauh lagi super.

Boleh repeat step yang sama untuk 2nd page.


Ni contoh yang dah siap.


Kalau rasa warna biru tak minat, boleh cuba jugak warna lain masa kat step awal-awal tadi. Ikut kreativiti dan interest masing-masing.


Kalau dah biasa buat, macam-macam design boleh buat. Cuma perlu explore. Dari fancy, ke yang lebih simple pun boleh.

Terima kasih semua. 

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Gabung yuk di updatebetting
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli