Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Terima Kasih Sangat-Sangat Shuib Sepahtu," Mangsa Langgar Lari Ucap Terima Kasih Kepada Pelawak Kerana Bantunya


Siapa yang tidak kenal dengan Shuib Sepahtu, pelawak terkenal yang juga penyampai radio di sebuah stesen radio popular tanah air. Para peminatnya sudah pasti mengenalnya sebagai seorang pelawak yang berkredibiliti tinggi dengan persembahan yang tidak pernah menghambarkan setiap kali tampil ke pentas bersama ahli kumpulannya yang lain.

Namun kisah yang hendak dikongsi kali ini bukanlah mengenai bakat lawaknya, tetapi sifat baik hati yang ada pada dirinya. Seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Fauzi telah berkongsi sebuah cerita yang dialaminya sendiri apabila ditimpa musibah.


Dia yang tidak menyangka bahawa insan yang sudi membantunya ketika kemalangan bukanlah insan biasa, tetapi adalah seorang yang dikenali ramai dan insan tersebut adalah Shuib Sepahtu. Shuib bukan setakat membantunya ketika kemalangan, malah turut membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan serta menghantarnya kembali ke rumah. Selain Shuib, dia juga dibantu oleh beberapa orang yang lain. Beirkut adalah perkongsian beliau.


Terima Kasih sangat-sangat untuk Shuib Sepahtu dan dua tiga orang awam yang selamatkan saya dari excident walaupun orang yang langgar tu dah lari. Shuib Sepahtu tolong bawa pergi klinik dan sampai dekat rumah.


Terima kasih sangat-sangat apa yang dah kamu bagi. Shuib Sepahtu memang yang sangat perihatin. Peribadi awak memang baik lah. Semoga dimurahkan rezeki selalu Shuib sekeluarga dan bahagia dunia akhirat. Shuib Sepahtu.


Terima kasih Asri Aziz bawa balik motosikal.


Sumber : Muhammad Fauzi
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli