Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

“Syikin, Tolong Mak... Tolong Mak.” Anak Cerita Ibu Sempat Hubungi Sebelum Maut Dalam Kemalangan Bas Kilang

3 ulasan

“Syikin, tolong mak... tolong mak.” Itu jeritan terakhir yang didengar oleh Norasyikin Zuryanidufizan, 22, ketika dihubungi oleh ibunya Noriah Kasa, 40, mangsa yang terkorban akibat tersepit dalam kemalangan dua bas kilang di Kilometer 147 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Tol Juru hari, ini.


 Ucapan itu masih terngiang-ngiang di telinga Norasyikin selepas ibunya disahkan maut dalam kejadian tersebut.

Menurut Norasyikin, dia ketika itu sedang menaiki van yang dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum ibunya menghubunginya.

“Ibu pergi kerja terlebih dahulu menaiki bas manakala saya menaiki van dan berada jauh dari basnya.

“Arwah menelefon saya dan meminta tolong beberapa kali sebelum panggilannya terputus,” katanya.

Tambahnya lagi, sebaik mendengar kata-kata ibunya itu, dia berasa tidak tenteram berada di dalam van yang terperangkap dalam kesesakan trafik.

“Saya kemudian menghubungi rakan saya (Mohd Sabri Azhar) memintanya menjemput saya di tepi lebuh raya.

“Ketika itu saya cuba menghubunginya namun tidakberjawab,” katanya.

Norasyikin kemudian dijemput oleh Mohd Sabri dan membawanya ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum menerima perkhabaran bahawa ibunya meninggal dunia di lokasi kejadian.


Dalam kemalangan yang berlaku pada jam 5.30 pagi itu, seramai 8 orang wanita maut terdiri daripada 7 orang warga Indonesia dan seorang warga tempatan (Noriah Kasa).


Sumber : myMetro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    www.dewapk.com

    BalasPadam
  2. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu
    Wujudkan impian anda hanya di dewalotto.com

    BalasPadam

  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli