Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Stress Rumah Banyak Semut, Wanita Kongsi Kaedah Hasilkan Spray 'D.I.Y' Berkesan Halau Semut

3 ulasan

Setiap rumah pasti berdepan dengan masalah serangga yang menganggu dan merosakkan makanan, tanaman dan juga boleh menggigit kita.

Salah satu jenis serangga yang terkenal ialah semut yang tidak kiralah dari jenis apa sekalipun sama ada semut hitam, merah, api besar atau kecil pastinya akan menganggu ketenteraman penghuni rumah.

Masalah semut ini sering menjadi perkara yang merunsingkan bagi sesetengah orang terutamanya yang menghadapi masalah semut yang kritikal meskipun telah berpuluh kali cuba dihapuskan dengan pelbagai cara.

Bagaimanapun, perkongsian bermaanfaat dari Yatie Eimra di laman facebooknya ini pasti memberikan kita idea dan kaedah lain untuk membanteras semut yang bermaharajalela di rumah kita.

Mari kita pelajari cara dan kaedah mudah ini.


Stres kalau rumah banyak semut ni.. Pantang ada minuman manis/makanan tumpah, kompem berduyun datang. Ada anak kecik tau² la, ada je tumpah makanan die kat memane. Geram betul sebab sampai ke bekas susu anak pn semut hurung. Tu belum lagi part merayap atas badan & menggigit masa si kecik ni tido.

Kebetulan rumah memang dekat gak dengan tempat buang sampah. Macam mana jaga pn, semut tetap gak masuk. Kekadang masuk dari rekahan² kecik kat dinding², kekadang ikut tingkap dapur, dari balkoni bagai.



Ada yang kata tak boleh bunuh semut. Tapi pernah dengar ceramah ustaz, yg xboleh tu kalau kita sengaja bunuh/gi bakar sarang semut yang takde kena mengena dengan kita. Tapi dibolehkan bunuh semut kalau sampai dah mengganggu manusia (masuk rumah, hurung makanan & menggigit). Camtu jugak kalau semut merosakkan tanam-tanaman sampai buah/hasilnya terjejas.

Biasanya kalau kat luar rumah, saya guna racun serangga je. Tapi jarang spray kat dalam rumah sebab ada anak kecik. Guna racun serangga organik untuk spray dalam rumah tapi semut xmati lak. Spray serai wangi pun tak berkesan. Sebelum ni pernah guna beberapa petua halau semut, tapi semuanya mengecewakan. Huhu.. Yela, petua tu dah terang² nak halau je bukan membunuh semut. Memang lah semut tak ikut laluan tu, tapi die buat jalan baru pulak.  Dahtu semut makin banyak.

Ni fakta tentang semut yang korang patut tau supaya memudahkan korang membanteras semut.



  •  Semut dapat detect saki-baki bau gula/manisan walaupun korang rasa korang dah lap sebersih-bersihnya.
  • Semut hasilkan bahan kimia masa berjalan supaya die boleh balik ke pangkal jalan aka sarang tanpa sesat.
  •  Kalau korang perasan, semut ni selalu jer ade scout die sekor-2 ronda² kawasan carik punca makanan baru. Kalau xkawal peringkat ni, laluan tu akan jadik jalan baru lak untuk semut hurung makanan.
  •  Kadang-kadang dalam 1 sarang semut, ada lebih dari 1 koloni semut. Kalau korang guna racun jenis serbuk (yang semut makan tu), jangan terkejut pulak kalau lepas 1 spesis xde, muncul pulak semut spesis lain. (pernah beberapa kali alami sendiri)
  •  Ni info yang sangat penting.. Kalau korang tak kawal semut kat rumah, populasi semut makin banyak. Bila dah banyak ratu² muda, semut akan mula cari sarang baru. Lepas tu jenuh la korang nak spray serata rumah.
Sekarang untuk membanteras semut.  Kat dapur & dalam rumah saya gunakan spray serbaguna homemade ni. Yang pasti, selamat digunakan kalau ada anak kecik sekalipun. 

Kawasan² yang anak xboleh capai lak, saya guna racun jenis serbuk (untuk kawal populasi semut yang bersarang dalam rumah). Yg ni boleh beli kat kedai DIY. Alhamdulillah, boleh la lega untuk sebulan-2 sebelum semut menyerang balik.

Spray Serbaguna (homemade)



¼ cawan cuka putih
1¼ cawan air paip
1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.


* Bancuhan ni sebenarnya takde sukatan yang tetap pun, TAPI kalau cuka terlebih, cat dinding/perabot anda mungkin akan rosak, kalau terlalu cair pulak xberkesan & kalau terlebih sabun licin sangat bila dah kering.

* Yang saya buat ni 1 bahagian cuka : 5 bahagian air. Sabun dalam 25%-30% dari jumlah cuka.

* Kalau guna sabun mandi (syampu badan) lebih wangi tapi xberapa berkesan untuk tanggalkan kesan minyak


Kegunaan :

1. Sebagai penghalau serangga. Larutan ni bukan je membunuh nyamuk, lalat & semut. Tapi cuka tu hilangkan bahan kimia yg dihasilkan semut tadi. (semut akan buat jalan lain, tapi kena spray dengan kerap).

2. Membersihkan sisa makanan tumpah. Cuka boleh hilangkan bau 'manis' gula, gabungan cuka & sabun pulak menanggalkan minyak. Kalau si kecik ni tumpahkan air manis, lepas bersihkan dengan air supaya tak lekit, saya guna spray ni je. Senang keje.

3. Boleh juga dijadikan pencuci dapur lepas memasak tu. Dah xpayah beli mahal² la lepas ni.

4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap je (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).

5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi. Kalau pekat sangat bukan setakat rumput, tanaman pn boleh mati kalau terkena)

6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak & gunakan air panas untuk lebih efektif.

Sumber- Yatie Eimra
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  2. join yuk guys di areatoto.com
    ada sportbook togel casino sabung ayam
    minimal deposit 20 ribu dan withdraw 50 ribu
    hanya dengan 1userid sudah bisa bermain semua games lo

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli