Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sejak Tular, Dah Lebih 100 Lelaki Datang Dan Cuba Lamar Gadis Bangkel

2 ulasan

Videonya tular di laman sosial kerana mahir membaiki kenderaan, Nor Sakira Awee, 20, mengakui lebih 100 lelaki cuba memikatnya selain menerima ratusan mesej cinta dari seluruh negara.

Dia berasal dari Kampung Batangan, Marang menjadi tumpuan selepas kisahnya yang tidak kekok untuk ‘bermain’ dengan enjin kenderaan disiarkan akhbar ini pada pada 6 Oktober lalu.

“Ramai yang menghantar mesej melalui akaun media sosial saya termasuk Instagram, Facebook dan juga aplikasi telefon seperti WeChat.

“Walaupun menjadi tumpuan berbanding sebelum ini, saya tidak menganggapnya sebagai gangguan kerana saya juga memang suka berkawan dengan semua orang dan terbuka dalam soal ini.

“Saya tidak mengalami sebarang masalah kerana selama ini memang ada ramai kawan lelaki berbanding rakan perempuan,” tambahnya.

Nor Sakira merupakan salah seorang pelatih dari Sijil Tahap Dua Kemahiran Automotif Servis Selepas Jualan di Universal Centre Education Traning Employment (UNICETE).

Kisahnya yang mendapat pujian netizen sehingga ada yang sanggup menawarkan wang hantaran sebanyak RM20,000.

Menurutnya, dia yang tidak kisah apabila diajak bercinta oleh lelaki, beranggapan itu sekadar usikan netizen dan hak mereka, namun ada juga yang bersikap tidak sopan dan tidak menghormatinya.

Jelasnya, dia tidak menjangkakan bahawa pembabitannya dalam bidang automotif akan mendapat perhatian ramai seperti itu.

“Saya hanya buat apa yang saya suka dan minat, tetapi tak sangka pula ia mendapat maklum balas positif daripada orang ramai.

“Selain yang menghantar mesej untuk berkenalan, ramai juga memberi dorongan dan kata-kata semangat. Respon netizen dan orang sekeliling secara tidak langsung membuatkan saya lebih bermotivasi untuk terus maju dalam bidang automotif ini,” katanya.

Disamping itu juga,  dia juga ada menerima beberapa tawaran kerja sambilan di bengkel kenderaan termasuk daripada sebuah syarikat minyak pelincir dengan menawarkan kerja sambilan di pusat servisnya di Kampung Ladang.

“Memandangkan masih belajar, saya perlu mendapatkan persetujuan banyak pihak selain ingin memastikan ia tidak menggangu pembelajaran di UNICETE,” katanya lagi.



Sumber - Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli