Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gambar Dengan Peramugari, ''Saya Taknak Ulas Apa-Apa'', Erra Mahu Shahir Akan Selesaikan Apa Yang Dia Mulakannya


Pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira, 43, berharap Shahir, 29, akan bertanggungjawab keatas kemelut dan berani menyelesaikan kontroversi yang dimulakannya.

Erra yang enggan mengulas lebih lanjut atas apa yang berlaku bagaimanapun percaya segala yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.

Shahir baru-baru ini menjadi bualan ramai apabila tersebarnya kisah sensasi mengaitkan dirinya dengan pramugari yang dikenali sebagai Mona Syamimi Mohd Samsudin. Pada masa yang sama Shahir juga dikatakan ada hubungan rapat dengan Erra.

"Saya rasa dia (Shahir) yang berhak meleraikan semua ini.

"Saya mengharapkan dia akan bertanggungjawab di atas apa yang terjadi. Tak perlu berselindung dan sebaiknya dia perlu berani menamatkan apa yang dimulakan," kata Era.

Pada masa yang sama Erra juga sempat mendoakan agar Shahir melangkah jauh dalam saingan AF Megastar yang akan mencapai kemuncaknya, Ahad ini.

"Saya percaya, dia kena fokus pada persiapan menjelang pertandingan akhir itu," ujar Erra lagi yang kini giat menjalani penggambaran drama, Gerak Khas musim baru.

Erra bagaimanapun enggan berbicara mengenai status hubungannya dengan Shahir yang dikatakan rapat sejak tiga tahun lalu termasuklah ura-ura dia ingin dilamar sebagai isteri awal tahun depan oleh Shahir.

Selasa lalu, dunia hiburan tanah air digemparkan dengan  yang menimpa Shahir dengan Mona, walaupun umum mengetahui hubungannya dengan Erra.

Kontroversi tersebut bermula apabila tersebarnya foto Shahir dengan wanita berkenaan di media sosial dengan keterangan seolah-olah mereka adalah pasangan kekasih. Shahir bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa hubungan mereka hanyalah sekadar peminat dengan artis.

Sumber : BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Mari coba keberuntungannya disini u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g,
    Kontak bbm 7ACD8560 :D

    BalasPadam
  2. Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games
    pin BB : D_8_E_B_A_A_7_C

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli