Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Saya Tak Jadi Pinang Yang Cantik Pandai Tu, Saya Nak Anak Mak Cik Yang Masak Nasi Ni, Walau Hanya Diploma, RM25K Pun Saya Sanggup


Isu wang hantaran terlalu tinggi bukan lah isu yang baru, isu ini telah diperkatakan sejak lama dahulu. Wang hantaran ini diukur berdasarkan pendidikan dan pekerjaan seseorang wanita itu. Rata-rata kaum lelaki sanggup tidak berkahwin lantaran harga hantaran yang tinggi itu.

Sesetengah pihak menyatakan wang hantaran itu seumpama sagu hati yang diberikan oleh pihak lelaki. Ibu bapa meletakkan hantaran yang tinggi untuk anak gadis mereka. Mengikut Islam, wang hantaran bukanlah sebahagian yang dituntut dalam Islam tetapi hanyalah mas kahwin.

Menurut saudara Tun, harga hantaran yang tinggi lebih sesuai kepada gadis yang pandai masak, pandai urus rumah serta mempunyai asas pendidikan. Ikuti perkongsian darinya.

Gambar Hiasan

HANTARAN 25K

"Berapa hantaran ya?"

Terpacul soalan dari wakil keluargaku pada pihak keluarga perempuan. Setelah berpantun melayu bagai dengan santun.

"Tak berapa banyaklah. Seikhlas hati saja."


Ibunya menjawab dengan muka riang.

Actually, semua buat muka riang. Ya lah, nak meminang anak dara orang ni kan.

"Anak saya tu bongsu. Doktor."

Ibunya memandang ke arah mata ibuku. Tanpa sedikit pun melihat ke arahku.

"Standard sini, RM15k. Tapi, ya lah. Anak saya tu cantik jelita. Ramai nakkan dia. Model lagi. Previously, yang datang minta dia tu anak dato'. Tapi, kami tolak sebab masa dia tak habis lagi belajar."

Wakil keluargaku tersengih-sengih memandang kepada pihak perempuan.

Aku dah resah gelisah dah. Aku kerja berniaga kecil-kecilan macam tu je. Ni pun berani datang sebab anak perempuannya yang minta aku dan keluarga datang sendiri tanya ayah dan ibunya. Dia ikut keputusan keluarga sepenuhnya. Ni pun, datang masa dia tengah kerja. Tiba-tiba, dia kata ada kecemasan di hospital. Perlukan khidmatnya.

Jadi, kami datang tanpa melihat tuan empunya badan. Tengok dalam Instagram gitu sajalah. Instafamous pula tu.

Kebetulan, mak ayah aku adalah kenal jauh-jauh dengan mak ayah dia. Ni yang datang ni. Cuba nasib orang kata.

"Jadi, berapa ya agak-agak?"

"Macam ni lah, kami minta up sikit pada 20k. Bukan apa, nak tengok kesungguhan dan kesudian bakal suaminya. Ya lah, orang kata, nak seribu daya kan. Kena la struggle sikit."

Mata-mata yang ada dalam rumah banglo tu memandang ke arahku.

Aku tersipu-sipu malu sambil mencongak-congak amaun yang ada dalam akaun simpananku. Ada ke banyak tu ya? Fuh. Cemas pula.

"Tapi, makcik nak maklum awal-awal pada kamu ya, anak makcik tu anak emas kami.

Jadi, dia tak pandai masak sebab sibuk, makcik yang masakkan. Kemas-kemas rumah semua tu, memang tak sempat. Kakak dia yang uruskan kerja rumah ni. Tapi, kami faham dia memang fokus demi karier dan masa depan dia.

Kalau nak jadi suaminya, kenalah memahami kerjayanya. Lagipun, Nabi s.a.w. pun bantu isteri buat kerja-kerja dalam rumah. Isteri kan amanah suami."

Aku mengangguk-angguk faham sambil tersengih-sengih entah untuk ke beratus kali.

"Jemput makan dan minum dulu. Kita bincang lagi lepas ni."
Ayahnya mempersilakan kami semua.

Aku menjamah sedikit nasi dagang yang dihidangkan. Wah, sedap.

"Ni makcik masak ke? Sedapnya."


Aku cuba mengambil hati. Tapi, memang sedap.

"Tak, tu kakak dia yang masakkan. Ada je kat dapur tu. Kakak dia tu tak sepandai dia. Sampai diploma. Tak dapat kerja sampai sekarang. Duduk rumah bisnes online." Ibunya ni jenis descriptive betul.

Aku mengangguk-angguk lagi.

Seketika, aku terasa nak ke bilik air pula. Dari tadi nervous, rasa nak terkucil. Maknya cakap bilik air ada kat dapur. Sambil tunjuk arah.

Aku segera ke bilik air. Setel. Keluar dari bilik air sambil betulkan untaian rambutku yang sedikit kusut. Mana tak kusut 20k beb. Ni kalau master ke Phd ke mahu dia mintak 40k. Mampus aku.

Terlihat seorang gadis sedang mengemaskan dapur. Cuci pinggan dan periuk.

"Kakaknya ke ni?"

Gadis tu angguk. Senyum. Tak mekap apa pun. Plain je muka dia. Sejuk je hati ni memandang. Hati aku berdebar-debar lain macam.

Aku keluar dari dapur. Terus duduk kembali bersama familiku. Menghadap familinya.
Aku berbisik pada ayah ibuku. Terbeliak mata mereka.

"Kau jangan buat gila. Rumah orang ni."

"Tak. Saya serius." 

Aku beritahu tegas sambil berbisik dengan ibu. Ibu kemudian minta izin ke bilik air di dapur juga. Kemudian, tak lama, keluar mendapatkanku.

Ibu mengangguk setuju.

"Makcik, kalau doktor tu RM20k, yang dekat dapur tu dah ada orang ke belum?"


Ibunya sedikit terkesima.

"Belum ada sesiapa. Kenapa?"

"Saya berkenan yang tu makcik. Saya up RM25k kalau makcik izinkan saya peristerikannya!"

Semua hadirin riuh-rendah seketika dalam rumah. Tergaru-garu kepala tuan rumah. Mereka berbincang seketika sendirian. Panggil anak gadis mereka itu keluar.

Anak gadisnya kata, terpulang pada ayah ibunya juga. Kali ini, ayahnya pula bersuara.

"Baik, pakcik setuju. Bila boleh langsung?"

Semua hadirin kembali riang gembira. Gelak ketawa.

Akhirnya kami dinikahkan sebulan kemudian.

Kenapa aku pilih dia? Bukan sebab rupa atau status beb. Sebab jatuh cinta dengan masakannya.

Betul ke kena bayar RM25k lepas tu? Tak adalah. Diam-diam aku kautim balik dengan walinya, dapat less banyak. Boleh simpan buat honeymoon atau benda lain yang lagi penting.

Kalau kena bayar RM25k pun aku sanggup. Masak pandai, urus rumah pandai, asas pendidikan ada, oklah tu. Nak apa lagi.

Ni nak letak RM20k (sampai RM40k?) hanya sebab rupa, kerjanya, pendidikan hebatnya? Aduh.

Kasihanlah pada golongan lelaki yang betul-betul ikhlas juga. Bukannya kami nak kahwin free pun.
Lelaki ni kalah pada dua:

Satu, perut yang terjaga elok oleh isteri.
Dua, isteri yang boleh dengar kata, memahami dan hormat dia.

Sekian.

Cerpendek : Muhammad Rusydi
*gambar hiasan*

Sumber - Tun
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*b*e*t*t*i*n*g
    Kontak bbm 5EE80AFE :D

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli