Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya sudah tahu siapa Kamal yang sebenarnya dan hubungan kami putus" - Emma Maembong

One Comment

Baru-baru ini, pelakon jelita, Emma Maembong membuat pengakuan bahawa hubungan cintanya dengan Kamal Adli telahpun berakhir.

 "Saya sudah tahu siapa Kamal yang sebenarnya dan hubungan kami putus," ujar Emma yang mengesahkan hubungan cintanya dengan Kamal Adli yang sebelum ini dikatakan seolah retak menanti belah akibat campur tangan orang ketiga, telahpun berakhir.

Menurut laporan Berita Harian, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Embong, 25, tidak menolak sebarang spekulasi mengenai pelakon Zahirah MacWilson yang menjadi punca keretakan hubungan cintanya bersama Kamal.


"Rasanya cukuplah sampai di sini. Saya tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini kerana tidak mahu disalah erti oleh mana-mana pihak. Malah, ada yang menganggap saya cemburu buta.

"Sebagai pelakon, semestinya saya memahami kerjaya sebagai anak seni. Bagi saya, 'chemistry' (keserasian) yang tercipta antara pelakon, habis sebaik saja kamera dipadamkan dan tidak harus berpanjangan hingga ke luar lokasi.

"Kalau betul kemesraan di tunjukkan atas urusan kerja, kenapa perlu sorok seperti menyembunyikan sesuatu? Saya tidak boleh bersama dengan orang yang menipu dan kemudian menuding jari supaya kesalahan diletak pada bahu orang lain," ujarnya.


Pelakon drama Awak Suka Saya Tak? ini jelas kecewa apabila kepercayaan yang diberikannya kepada sang kekasih dimusnahkan begitu sahaja.

Menurut Emma, dia tidak menuduh tanpa sebarang bukti, sebaliknya apa yang dilakukan oleh Kamal dan Zahirah menjadi lebih rumit apabila mereka memilih menunding jari kepada pelbagai pihak.


"Tiada sesiapa yang menjadi batu api dalam perkara ini. Semestinya teman rapat mahukan yang terbaik untuk saya dan tidak mahu melihat saya sering dikecewakan.

"Kami berempat (Emma, Kamal, Zahirah dan Zul Ariffin) duduk berbincang mengenai isu ini. Rasanya tidak perlu merumitkan keadaan dan lebih matang jika Kamal dan Zahirah mengakui kesilapan mereka," jelasnya.

Sumber- Berita Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli