Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Saya Bukan Kambing Hitam Boy Iman'' - Nassier Wahab

One Comment

Datuk Nassier Wahab tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak jika dakwaan terdapat penipuan dalam syarikat perumahan yang diketuai oleh Datuk Boy Iman (DBI) adalah benar.

Nassier, 55, berkata, penglibatannya di dalam syarikat tersebut sebagai duta adalah semata-mata untuk membantu masyarakat mendapatkan kelebihan daripada projek pembinaan rumah dengan harga murah.

"Niat saya menerima tawaran menjadi duta adalah untuk membantu orang ramai mendapatkan rumah dengan harga murah seperti yang ditawarkan DBI.

"Jika benar ada penipuan dalam hal ini, saya tidak akan membiarkan ia berlaku. Itu janji saya!," katanya lagi.

Syarikat DBI Technology sebelum ini didakwa melakukan penipuan jualan rumah dengan harga murah.

Akibat daripada dakwaan tersebut, Nassier sebgai duta syarikat tersebut turut mendapat kecaman daripada netizen serta dituduh berkomplot dalam penipuan tersebut.

Penyanyi yang popular dengan lagu Memori Cinta Luka nyata terkilan pabila terdapat suara-suara sumbang yang menganggap dia menjadi 'kambing hitam' dalam syarikat tersebut.

Ujar Nassier, tawaran sebagai duta diterimanya itu bukan kerana wang semata-mata.

"Saya dah diterangkan mengenai operasi perniagaan sebelum menerima tawaran menjadi duta perumahan itu.

"Malah, saya terima tawaran tersebut kerana sudah menganggap Boy Iman seperti adik saya sendiri, jadi tidak salah saya membantu.


"Kalau saya hanya fikir duit, rasanya tak perlu jadi duta DBI pun saya mampu dapat pendapatan sebanyak itu dengan persembahan nyanyian sahaja," ujarnya.

Nassier bagaimanapun memberitahu bahawa dia masih belum mengetahui situasi sebenar kontroversi tersebut kerana berada di Mekah bagi menunaikan ibadah haji.

Malah, Nassier enggan memberi komen lanjut buat masa ini kerana perlu bersemuka dengan Boy terlebih dahulu bagi membincangkan isu berkenaan.

"Semasa kecoh tentang isu ini saya sedang mengerjakan haji dan tidak mengetahui secara lengkap apa yang berlaku.

"Saya baru pulang dari Makkah pada Sabtu lepas, jadi lebih baik jika saya bertemu dengan Boy terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat sebenar.

"Cumanya, semasa mengerjakan ibadah haji, Boy ada mesej meminta saya mendoakan kesejahteraan syarikat dan permasalahan ini dapat diselesaikan dengan baik," katanya.

Sumber : mStar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli