Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rupanya Rugi Selama Ini, 6 Perkara Penting Pemilik Kena Tahu Sebelum Jual Rumah Sekali Perabot

2 ulasan

Nak pindah rumah baru, rumah lama hendak dijual, tapi bagaimana dengan perabot yang lama tuh? Rumah baru, nak perabot baru juga. Apa yang perlu dilakukan oleh pemilik rumah? Tapi harga sesebuah rumah semakin mahal ke kalau berserta perabot?

Menjual rumah itu pekara biasa, namun menjual rumah berserta perabot adalah perkara yang jarang dilihat. Tahukah anda terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum menjual rumah berserta perabot.

Menerusi perkongsian seorang ejen hartanha Syakir Zainol mengenai enam pekara yang pemilik rumah perlu tahu sebelum menjual rumah berserta perabot.

6 PERKARA YANG PEMILIK RUMAH PERLU TAHU SEBELUM MENJUAL RUMAH BESERTA PERABOT.



"Apa yang perlu saya buat dengan perabot-perabot rumah saya? Kalau saya bagi sekali dengan rumah, boleh naikkan harga tak?" - pemilik.


Sebelum anda ambil keputusan untuk jual rumah anda berserta dengan perabot-perabot yang ada di dalamnya, baca dahulu perkongsian di bawah:


1. Perabot yang boleh dialih-alih (movable) tidak membantu dalam meningkatkan nilaian harga rumah anda. Hanya perabot terbina dalam seperti kabinet dapur, kabinet ruang tamu, almari pakaian yang akan dinilai oleh penilai dan membantu memberi sedikit kenaikan kepada harga asal rumah.



2. Bank tidak menawarkan pembiayaan untuk nilai perabot yang bakal dibeli bersama dengan rumah. Nilai pembiayaan maksimum yang ditawarkan bank hanyalah sekitar 90% daripada nilai pasaran rumah dan tiada opsyen untuk pembiayaan perabot.


3. Pembeli mungkin tidak suka dengan citarasa pemilik terhadap perabot sedia ada dan mereka tidak akan mahu bayar lebih untuk sesuatu yang mereka tidak berminat. Majoriti pembeli akan pilih untuk beli rumah dengan spesifikasi yang sama, lebih murah tanpa perabut, dan belanjakan lebihan harga itu untuk membeli perabot pilihan mereka sendiri.


4. Rekaan atau kondisi perabot anda mungkin sudah lama, uzur dan ketinggalan zaman. Terutama sekali jika perabot anda itu adalah daripada jenis "custom made". Jika anda letak harga rumah lebih tinggi atas asas ianya hadir sekali dengan perabot, pembeli akan pilih untuk belanjakan lebihan wang itu untuk perabot yang lebih baru bertepatan dengan citarasa mereka sendiri.


5. Namun begitu, anda boleh tawarkan rumah yang anda jual beserta dengan perabot TANPA sebarang kos tambahan. Ini boleh membezakan rumah anda dengan rumah-rumah lain yang turut dijual pada masa yang sama dan berkemungkinan memberikan anda kelebihan. Bakal pembeli akan mempertimbangkan dan menilai tawaran tersebut sebagai satu bentuk bonus yang tiada pada rumah-rumah lain dan seterusnya memilih rumah anda sebagai pilihan akhir.


6. Anda juga boleh pilih untuk jual sendiri perabot-perabot anda secara berasingan daripada rumah tersebut. Cara ini lebih mudah untuk anda mendapatkan pembeli dan anda mungkin boleh dapat jualan yang lebih tinggi berbanding lebihan harga yang anda sasarkan jika dijual bersama rumah. Satu opsyen lain adalah, anda boleh infakkan perabot-perabot tersebut kepada rumah-rumah anak yatim atau mana-mana organisasi yang boleh memanfaatkan perabot-perabot tersebut.


#SyakirYangTuntas
#ejenhartanah

Sumber - Syakir Zainol
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Gabung yuk di updatebetting
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli