Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Resepi Mudah Dan Jimat Bagaimana Hasilkan Air Buih Sabun Sendiri

3 ulasan

Musim cuti sekolah membuatkan para ibu bapa juga sibuk mempersiapkan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak-anak dirumah untuk mengelakkan mereka merasa bosan sepanjang cuti persekolahan.

Antara permainan yang digemari oleh anak-anak kita ialah belon buih besar atau bubble yang hanya boleh didapati dikawasan rekreasi seperti taman-taman permainan dan sebagainya.

Bagaimanapun, ramai diantara kita yang kurang tahu bahawa permainan bubble ini boleh dibuat sendiri dirumah menggunakan bahan bahan mudah yang tersedia di dapur rumah kita.

 Norshahida Lambri di laman Facebooknya, berkongsi cara mudah untuk 'd.i.y' bubble di rumah yang pastinya menjimatkan dan menggembirakan anak-anak dirumah.

Mari kita baca kaedah membuat 'BUBBLE HOMEMADE' ini.


BUBBLE HOMEMADE

Hari cuti rumah mesti meriah, mommies mesti pening. Pikir aktiviti untuk anak-anak, diaorang pun mesti boring.

Ok apa kata kita buat bubble homemade. Kalau main dekat luar, semangkuk sabun tu lima hengget hokay. Kalau anak sorang selamat lagi, yang macam shyda nih ada 4 ketoi, rabakkk. Buat sendiri siap boleh simpan lagi, jimattttt.

Anak-anak pun puas main, sampai naik pedih bijik mata, rasakannn hahaha. Bahan-bahan simple yang ada dekat dapo, tak payah susah-susah.

Bahan-bahan



✔ Air 1.5 liter

✔ 4 sudu besar tepung jagung

✔ 250ml (Joy)
* Nak guna sabun pencuci lain pun boleh, cuma joy dia pekat siket.

✔ Pewarna (jika perlu)

✔ Bubble wands (yang ni kena ada kalau tak jenuh nak niup nanti)

Cara-cara

  • Ambil tepung jagung dan air masukkan dalam bekas/besen
  • Masukkan joy, kacau hingga sebati. Siappp!!


Seeloknya simpan dulu dalam balang/bekas bertutup, biarkan semalaman. Shyda buat tak sempat nak simpan, dah kena serang dengan 4 ketoi nih.

Jadi mommies boleh buat keje dengan tenang, anak-anak pun hepi. Percayalah (ct nurhalijah) kita pun terjebak dok main sekali.


#Share jeklah korang, esokkan wiken boleh buat. Pastu wepi reramai gitchuuu. 

Seketoi buih boleh eratkan lagi #kemesraan kita 💓

Sumber- Norshahida Lambri
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games
    pin BB : D_8_E_B_A_A_7_C

    BalasPadam
  2. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam
  3. join yuk guys di areatoto.com
    ada sportbook togel casino sabung ayam
    minimal deposit 20 ribu dan withdraw 50 ribu
    hanya dengan 1userid sudah bisa bermain semua games lo

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli