Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penumpang Merosot Dan Pendapatan Sedikit, Pemandu Teksi Nekad Tukar Kerja

3 ulasan

Kuala Lumpur:  Akibat dari kesukaran untuk mendapatkan pelanggan yang ingin menaiki teksi, seorang lelaki nekad untuk berhenti menjadi pemandu teksi dan bertukar kepada perkhidmatan GrabCar yang dipercayai memberi pendapatan yang lumayan.

Tidak dinafikan, pendapatan pemandu teksi di negara ini menerima kesan buruk dengan kewujudan perkhidmatan kereta persendirian seperti GrabCar dan Uber yang menjadi semakin popular dikalangan pengguna masa kini. 

Abd Khalil Ali, 54, nekad untuk beralih angin kepada perkhidmatan GrabCar kerana terpaksa berdepan dengan masalah sewa permit dengan kadar bayaran yang tinggi selain dari kesukaran untuk mendapatkan pelanggan hingga menyebabkan mereka menerima pendapatan bulanan yang sedikit. 

                                                                   Gambar hiasan

Menurut Abd Khalil, selepas menjadi pemandu GrabCar, dia kini memperoleh pendapatan yang lumayan tanpa sebarang tekanan lagi. 

“Sejak beralih angin kepada perkhidmatan GrabCar, setiap bulan saya boleh dapat gaji lebih dari RM5,000.

“Sejak 10 tahun menjadi pemandu teksi, pendapatan saya hanya cukup-cukup makan tetapi kini dapatlah saya membuat simpanan selain berbelanja untuk menampung persekolahan anak,” katanya yang dipetik dari laporan Harian Metro. 

Jelas bapa kepada tujuh anak ini, dia tidak boleh terus bergantung kepada pendapatan menjadi pemandu teksi sahaja kerana kini, perkhimatan ini dilihat merosot sehingga 80 peratus akibat persaingan dengan GrabCar dan Uber. 

“Dengan menjadi pemandu GrabCar, dapatlah saya menambah sumber pendapatan melihatkan kos sara hidup yang semakin tinggi pada masa kini.

“Alhamdulillah sejak lima bulan menjadi pemandu GrabCar, kini pendapatan saya bertambah dan dapatlah saya menyara kehidupan keluarga dan persekolahan anak,” katanya.


Tambahnya lagi, melihat kepada keadaan ekonomi yang tidak stabil, dia perlu bekerja lebih masa daripada pekerjaan sebelum ini demi mencari duit untuk menampung kehidupan keluarga.

“Setiap hari, saya memandu antara 16 hingga 23 jam sambil menunggu permintaan daripada penumpang menerusi aplikasi berkenaan.

“Pernah juga saya memandu dari Shah Alam ke Pulau Pinang atas permintaan penumpang. Demi mencari rezeki dan menambah sumber pendapatan, saya ikutkan saja walau terpaksa berdepan jarak perjalanan yang jauh,” katanya yang juga Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Seksyen 13, Shah Alam.

Menurut Abd Khalil, pemandu teksi boleh menjadi pemandu GrabCar dengan mendaftar di laman web rasmi atau hadir ke pejabat Grabcar yang terletak di Petaling Jaya pada bila-bila masa sahaja kerana mereka kini tidak terikat. 

“Persatuan teksi tidak menghalang ahlinya mencari sumber pendapatan sampingan asalkan mereka membayar sewa permit sebanyak RM45 hingga RM55 sehari.

“Kini, GrabCar turut menggalakkan pemandu teksi beralih arah menjadi pemandu GrabCar yang mana pihak mereka menyediakan pelbagai insentif bagi menggalakkan tenaga kerja di samping menjana pendapatan tinggi,” katanya lagi.


Jelas beliau lagi, meskipun pelbagai program penambahbaikan perkhidmatan teksi dilaksanakan seperti aplikasi 2GO, MyTeksi, PICKnGO dan EASY Taxi, masih lagi tidak dapat menarik perhatian rakyat Malaysia kerana kurangnya publisiti serta sambutan dari orang ramai.

“Sikap pemandu teksi itu sendiri perlu berubah dan jangan hanya mengeluh jika pendapatan yang diraih sedikit.

“Pemandu teksi seharusnya lebih berdisiplin dan mematuhi keperluan pengguna sekaligus dapat menonjolkan imej positif sistem pengangkutan awam di negara ini,” katanya.

Dia berkata, setakat ini belum ada kaedah baru untuk menarik orang ramai menaiki teksi selain memperkenalkan aplikasi PICKnGO baru-baru ini.

“Dalam meningkatkan mutu perkhidmatan teksi, saya mencadangkan supaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengenakan sistem dimerit kepada pemandu teksi yang melanggar peraturan seperti tidak memakai meter dan mengambil kesempatan terhadap penumpang terutama pelancong asing sebagai langkah mendisiplinkan mereka,” akhirnya. 

Sumber- Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g, aman dan terpecaya :)

    BalasPadam
  2. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli