Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Not My Negara' Hanyalah Sekadar Gurauan - TMJ

4 ulasan

Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas laporan sebuah akhbar yang disifatkan sebagai menulis berita dengan tujuan mencari publisiti murahan.

Menerusi kenyataan disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Mahkota Johor itu berkata adalah lebih baik akhbar Kosmo! yang berada di bawah pengurusan Utusan Melayu (M) Berhad ditutup daripada membazirkan wang rakyat.

"Satu jam lebih punya dialog saya bercakap mengenai bola sepak dan isu-isu semasa, tetapi ayat gurauan yang terakhir saya selama 20 saat itulah yang menjadi tumpuan sekarang.

"Inilah salah satu sebab mengapa saya dah tak baca surat khabar dalam negara ni kerana sikap terdesak ingin menjual surat khabar dan menulis berita seperti di majalah gosip," katanya .


Tunku Ismail dipercayai merujuk kepada laporan sebuah akhbar bertajuk 'Tunku Ismail guris hati peminat' yang disiarkan baru-baru ini.

Artikel berkenaan menyebut bahawa para peminat bola sepak tanah air terguris dengan kenyataan presiden FAM itu yang secara sinis menganggap skuad bola sepak kebangsaan sebagai 'bukan pasukan negaranya'.

Ia antara lain memetik kenyataan bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali yang berkata, ucapan Tunku Ismail itu di luar jangkaan penyokong-penyokong bola sepak negara, ditambah dengan kenyataan bahawa jawatan sebagai Presiden FAM merupakan kerja sambilan sahaja.

Baginda berkata demikian merujuk kepada sesi soal jawab bersama wakil-wakil media di JDT Cafe, Johor Bahru sebelum ini apabila Tunku Ismail berkata " Pasukan negara anda semua, not my negara (Bukan negara saya). I'm from Johor, you know (Saya berasal dari Johor, anda tahu)".

Bagaimanapun Tunku Ismail berkata beliau kesal apabila ayat gurauannya itu dilaporkan akhbar berkenaan dengan tujuan untuk melaga-lagakannya dengan pihak lain.

"Kepada sahabat-sahabat saya di luar negara ini, inilah slogan Malaysia Boleh. Inilah mentaliti bangsa Melayu saya di sesetengah tempat di Malaysia.

"Nasihat saya kepada kerajaan, lebih baik anda tutup sahajalah syarikat surat khabar tersebut daripada membazir duit rakyat,"

"Berjuta-juta duit setiap bulan diberikan kepada Ko*** yang terletak di bawah Utu*** tetapi kerja hanya ingin melaga-lagakan orang sahaja dan tulis berita macam gosip murahan," kata Tunku Ismail. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g, aman dan terpecaya :)

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli