Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki ini Kongsi Langkah-Langkah Macam Mana Dia Boleh Berhenti Rokok Dalam Masa Seminggu

4 ulasan

Seringkali kita melihat perokok disajikan dengan keburukan dan tips-tips untuk berhenti merokok, tapi tidak pula diberikan langkah demi langkah yang tepat untuk berhenti.

Disebabkan itu, kami tertarik dengan satu perkongsian oleh pengikut Siakap Keli menerusi inbox yang menceritakan bagaimana dia berjaya berhenti dan juga menulis secara satu persatu langkah bagaimana dia berjaya berhenti.

Menurut lelaki yang enggan dikenali itu, dia sudah mula bertemankan rokok pada usia 15 tahun di bangku sekolah namun berjaya mencipta rekod peribadi apabila berjaya berhenti dari merokok pada September lalu dan sehingga kini dia masih 'clean'.

Menurutnya lagi, biarpun hari-hari dia bersih dari rokok masih boleh dikira menggunakan jari - secara tepatnya hampir 20) , dia tetap menganggap itu sebagai satu pencapaian. Sekurang-kurangnya, badannya bebas seketika dari toksik yang wujud dalam badannya akibat rokok selama 12 tahun. Dalam masa yang sama dia juga berkongsi secara jelas bagaimana dia berhenti merokok.

Ikuti perkongsian dari lelaki berkenaan, langkah demi langkah mengikut urutan.

Langkah 1 - Beli apps berhenti merokok.

Perkara pertama yang saya buat adalah membeli apps untuk berhenti merokok di App Store. App yang saya beli bernama Smoke Free. Tapi saya tak guna pun apps tu. Ia cuma sebagai tanda komitmen yang saya sudah mula mahu berhenti merokok.

Mengapa beli sedangkan ada je apps free? Kerana kita akan lebih hargai benda yang kita bayar. Jadi apps tu akan kekal dalam telefon. Lagipun harga apps tu lagi murah dari harga sekotak rokok. Pastikan apps tu diletakkan di Home Screen.

Tapi buat masa ni, teruskan hisap rokok macam biasa.

Langkah 2 -  Tengok video-video pasal mangsa 'kekejaman' rokok.

Follow page atau akaun media sosial yang selalu cerita tentang keburukan merokok seperti contoh, Siakap Keli atau akaun-akaun lain. Antara video-video yang telah menyedarkan saya termasuklah:




Ini antara video-video yang agak menginsafkan yang saya temui di media sosial, yang menimbulkan tanda tanya kepada diri saya. Adakah saya ingin menjadi serupa seperti mereka yang sudah terlambat?

Tapi tak apa, teruskan lagi hisap rokok seperti biasa.

Langkah 3 - Tunggu masa sakit (demam/ selsema) & mula berhenti merokok!
Kenapa perlu tunggu sakit dulu baru nak berhenti? Kerana masa inilah semangat berhenti itu berkobar-kobar sebab badan rasa lemah. Ketika ini, saya rasa ada 'sesuatu' dalam leher (dan takut rokok menjadi puncanya). Ia menjadi sebab yang kuat untuk saya berhenti merokok.

Jadi, ketatkan tali pinggang korang, 7 hari yang paling mencabar dalam hidup akan bermula!

Langkah 4 - Mulakan Kempen Berhenti Merokok Dalam Masa 7 Hari!

Hari 1 - Hisap rokok macam biasa. Tapi korang akan rasa tak berapa sedap memandangkan korang demam. Jadi, ini peluang terbaik untuk berhenti merokok!

Hari 2 - Kurangkan hisap rokok kepada separuh untuk dapatkan momentum berhenti merokok dan pada hari ini, korang sudah kena bersedia menerima hakikat yang tiada lagi rokok untuk hari esok.

Sebelum tidur, hisaplah rokok sepuas-puasnya. Tapi jangan overdose pulak. Lepas tu, buang segala kotak rokok atau bekas habuk yang ada dalam rumah.

Sebagai bantuan untuk lawan 'craving' hari esok, belilah gula-gula lozenges bagi bantu korang. Lagipun kalau masa ni ada batuk-batuk, lozenges boleh bantu sedikit sebanyak.

Pilihan saya, Fishermen's Friend Lemon.



Hari 3 - Hari pertama tanpa rokok. Banyakkan bersabar, sebab dua hari seterusnya akan lebih mencabar. Kalau rasa nak hisap rokok, cepat-cepat makan gula-gula. Dalam masa yang sama Google artikel di internet pasal keburukan merokok dan kebaikan yang boleh korang dapat kalau berhenti merokok.

Jika korang berada di tempat kerja, hebohkan kepada rakan-rakan yang korang tengah cuba berhenti merokok supaya ego korang untuk berhenti merokok tinggi sikit. Pada hari ni, jangan sesekali singgah di kedai-kedai yang menjual rokok sebab itu antara punca utama kegagalan untuk berhenti merokok.

Kalau ada 'craving' selepas makan tu, cepat-cepat makan gula-gula atau minum air kosong ataupun tarik nafas dalam-dalam. Ia boleh menghilangkan 'craving' buat seketika. Dalam masa yang sama, minta Tuhan untuk bantu kita dalam berhenti merokok ni.

Hari 4 - Tahniah, hari ini merupakan hari kedua korang tanpa rokok setelah XX tahun setia dengan rokok (dalam kes saya, 12 tahun). Pergi ofis, kecoh kat orang sekeliling bahawa korang telah berjaya berhenti merokok selama sehari. Berbanggalah sebab itu satu pencapaian peribadi yang sukar untuk dicapai.

Di hari kedua tanpa rokok ni agak mencabar kerana pelbagai dugaan yang akan korang tempuhi, termasuklah rasa sesak nafas tiba-tiba, nak marah, takut dan lain-lain. Tapi kalau dah teruk sangat, pergilah mandi kejap untuk hilangkan rasa tu. Macam biasa, kalau ada rasa craving cepat-cepat makan gula-gula atau minum air kosong ataupun tarik nafas dalam-dalam.

Pastikan juga telefon sentiasa di tangan supaya boleh 'distract' dari perasaan ingin merokok terutamanya sebelum tidur. Bacalah artikel-artikel mengenai kebaikan berhenti merokok.

Hari 5 - Hari ketiga tanpa rokok, bangun dengan azam yang korang mahu berhenti merokok secara 100% dan tempuhi hari ini seperti biasa. Sepatutnya, korang akan rasa paru-paru korang sedikit clear kerana sudah berhenti dalam masa 48 jam.

Ok, apa yang korang perlu lakukan adalah pergi ke klinik kesihatan yang menawarkan klinik berhenti merokok. Disitu, korang akan diberi kaunseling untuk berhenti merokok. Jika penuh, buat appoinment dengan doktor.

Tapi apa yang menarik pasal klinik berhenti merokok ni, doktor akan berikan dua pilihan ubat iaitu 1) ubat berasaskan nikotin dan 2) ubat yang boleh menghalang keinginan untuk mengambil nikotin. Ubat yang nombor 2 tu tak dijual secara umum dan berharga ratus-ratus ringgit setiap pek (selama seminggu).




Yup, ubat tu sedikit sebanyak membantu. Tapi, dinasihatkan supaya jangan ambil ubat berasaskan nikotin sebab takde point untuk korang berhenti merokok (ketagihan nikotin) tapi masih ambil nikotin.

Hari 6 - Sepatutnya, korang sudah boleh merasa paru-paru korang lebih kuat pada hari ni. Craving tu masih ada tapi sudah kurang.

Cuma yang menjadi masalah sekarang adalah tabiat bermain asap. Disini, korang perlu cari pengganti untuk tabiat itu (selain vape). Kalau saya, scroll Twitter.

Hari 7 - Jika korang boleh bertahan sampai ke hari ini, korang boleh bertahan ke hari lainnya. Terus kuat semangat untuk berhenti merokok dan korang tidak akan hadapi sebarang masalah.

Ingat, kalau ada craving, cepat-cepat makan gula-gula, Google artikel di internet pasal keburukan merokok dan kebaikan yang boleh korang dapat kalau berhenti merokok. Jangan gatal-gatal pulak nak hisap 'satu sip je'. Ia bukan sahaja akan menggagalkan impian korang untuk berhenti, malah akan menipiskan lagi peluang korang untuk berhenti di masa hadapan.

Kalau korang gagal, terus cuba lagi dan lagi. Jangan pernah berhenti dari cuba berhenti merokok.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Saya dah pernah berhenti merokok secara mengejut situasi yang sama dlm keadaan demam nak isap rokok tekak x terima rasa sesak nafas. berita buruknya saya hanya bertahan selama 2 minggu, saya gagal dalam craving bau asap perokok lain. Bila kita tak hisap rokok baru kita tahu bau asap perokok sangat-sangatlah kuat sehingga saya sendri tak boleh tahan. Dan saya akan cuba lagi untuk berhenti merokok. Terima Kasih kerana memberi langkah-langkah ini.

    BalasPadam
  2. u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g, aman dan terpecaya :)

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. join yuk guys di areatoto.com
    ada sportbook togel casino sabung ayam
    minimal deposit 20 ribu dan withdraw 50 ribu
    hanya dengan 1userid sudah bisa bermain semua games lo

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli