Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Misteri Penemuan Bangkai Anak Penyu Dengan Perut Terburai Bergelimpangan Akhirnya Terjawab


Minggu lalu tular di laman sosial gambar beberapa ekor bangkai anak penyu dengan perut terburai telah dijumpai terdampar di pantai Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah oleh penduduk sekitar.

Netizen yang berasal dari daerah berkenaan melahirkan rasa pelik kerana penduduk di daerah mereka tidak ada orang atau mana-mana suku kaum yang memakan penyu, jadi ramai tertanya-tanya ianya perbuatan siapa.

Segala persoalan ini akhirnya terjawab selepas seorang lelaki warga emas ditahan pihak berkuasa Jabatan Hidupan Liar Sabah berhubung penemuan lapan bangkai penyu yang dijumpai berkenaan, lapor mStar Online.

Pengarahnya, Augustine Tuuga berkata, suspek yang berasal dari Kampung Pantau-Pantau direman selama lima hari.

"Pihak kami sudah mengenal pasti beberapa suspek lain dan sedang menjejaki mereka di beberapa pulau di daerah timur Sabah." katanya.

Kes penahanan ini adalah yang pertama ditahan kerana membunuh penyu selepas kes ini telah mendapat bantahan daripada kalangan pencinta alam sekitar tempatan dan antarabangsa.


Ini bukanlah kali pertama kerana ianya selalu terjadi, terdapat penemuan 100 bangkai penyu di Kampung Amboh-Amboh dan Kampung Sampilan di Pulau Bum-Bum, selepas itu dijumpai pula 7 ekor pada bulan 8, kes terbaru di Bum Bum dan selepas di Bum Bum 7 ekor lagi dijumpai di pulau Mabul.



- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli