Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mell Sakura Band Sah Peluk Islam


Vokalis kumpulan Sakura Band, Melly Matius atau lebih dikenali sebagai Mell telah pun memeluk Islam baru-baru ini.

Melalui akaun instagramnya @melllsakura, Mell ada memuat naik gambar swafotonya yang mengenakan hijab berwarna merah jambu.

"Assalamualaikum semua, thank you yang wish birthday Mell. Semoga Allah S.W.T merahmati kamu #misiyakiniku," tulisnya di status gambar tersebut.

Menurut Mell, ibunya Nur Batrisyah, 46, menjadi pendorong utama penghijrahan yang dianggap terbesar dalam hidupnya, lapor mStar Online.

"Alhamdulillah, ini keputusan saya untuk memilih agama Islam sebagai panduan hidup.

"Ibu juga merupakan seorang mualaf dan dia banyak memberi dorongan dan menyokong keputusan saya ini.

"Bersempena hari lahir saya yang ke 29, saya beranikan diri untuk memaklumkan mengenai status agama saya," katanya.

Mell yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah bagaimanpun enggan mengulas lanjut kerana perlu menjaga hati beberapa pihak.

Baginya, isu agama adalah perkara sensitif untuk diperkatakan secara umum di negara ini.

Sumber : mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli