Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mahkamah Majistret Kuantan Pula Tolak Permohonan Reman Datuk Boy Iman

4 ulasan

Mahkamah Majistret Kuantan telah menolak permohonan reman ke atas pelakon Datuk Noruliman A. Rahman yang lebih dikenali sebagai Boy Iman serta dua lagi tertuduh yang ditahan pihak berkuasa atas kes penipuan jualan rumah bernilai RM 6.2 juta, ujar peguam yang mewakili tertuduh, Faizul Mohd Nasir.

Keputusan itu dibuat selepas Majistret Nordiana Abd Aziz menerima alasan yang diberikan bahawa anak guamnya telah direman di beberapa mahkamah sejak ditahan pada 2 Oktober lalu.

"Tempoh itu sudah mencukupi untuk pihak polis melengkapkan siasatan dan tiada keperluan lagi untuk menahan reman anak guam saya selama empat hari seperti yang diminta hari ini kerana siasatan melibatkan kes yang sama, cuma mangsa yang berbeza.

"Jadi tiada keperluan untuk polis terus menahan anak guam saya kerana semua mereka telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang siasatan," katanya lagi.

Tambah Faizul, dia juga berharap Boy Iman, 37, yang juga bertindak sebagai Pengarah Urusan DBI Properties dan dua lagi suspek berusia 30 dan 45 tahun yang memegang jawatan sebagai pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources benar-benar dibebaskan mahkamah, berdasarkan keputusan terkini mahkamah.

Harapan tersebut diungkap oleh Faizul berdasarkan penahanan semula anak guamnya itu pada hari sama Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang menolak permoonan yang dibuat oleh pihak polis  pada 15 Oktober lalu.

"Anak guam saya sudah terlalu lama dibawa ke sana ke sini. Beliau sendiri amat berharap dapat dibebaskan hari ini kerana sudah lama tidak bertemu keluarga. Saya harap polis dapat mempertimbangkan perkara ini.

“Kejadian terkini di Pulau Pinang menyebabkan anak guam saya bimbang jika ditahan semula menyebabkan beliau meminta saya untuk berada di sini sehingga petang ini," katanya.

Boy Iman sebelum ini ditahan reman di Ampang dan Shah Alam di Selangor, Muar di Johor, Sungai Petani dan Kubang Pasu di Kedah serta Kangar, Perlis untuk membantu siasatan ke atasnya di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berhubung perbuatan menipu.

Berdasarkan rekod, pihak polis menerima sebayak 210 laporan yang dibuat oleh orang ramai yang mendakwa ditipu oleh dua syarikat termasuk DBI Properties yang menawarkan harga rumah yang jauh lebih murah dari harga pasaran kepada pembeli. Harga yang ditawarkan adalah sekitar RM 60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.

Sumber : BERNAMA
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g :)
    pin bbm 7ACD8560

    BalasPadam
  2. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam
  3. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli