Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Tawarkan Khidmat Cuci Van Jenazah, Keranda Secara Percuma

2 ulasan

PETALING JAYA: Seorang pengusaha perkhidmatan mencuci kereta menawarkan khidmat mencuci van jenazah secara percuma premis miliknya yang terletak di Taman Medah Baru, di sini.

Azlan Mohd Yunan, 44, mengambil keputusan untuk berhenti dari terus 'makan gaji' dengan mengusahakan perkhidmatan cuci kereta bermula September lalu sebelum membuat tawaran perkhidmatan mencuci van jenazah.

Mungkin ada yang tidak percaya dengan tawaran tersebut, tetapi hasrat Azlan disuakan di akaun facebooknya pada sabtu lalu dan menerima sambutan ramai hingga menjadi tular.


Menurut Azlan, hatinya terbuka untuk membuat perkhidmatan percuma tersebut sejak sebulan lalu selepas salah seorang dari rakannya yang bekerja sebagai pemandu van jenazah menghantar kenderaan itu untuk dicuci di kedainya.

Meskipun ditawarkan rakannya untuk membayar upah cuci van jenazah itu, tetapi bapa kepada tujuh orang anak ini menolaknya secara baik.

“Di sudut hati saya mengapa perlu kenakan caj untuk cuci van jenazah kerana suatu hari nanti saya pun akan ‘naik’ van tu bila menemui ajal.

“Terdetik hati mengapa tidak tawarkan bantuan untuk mencuci van jenazah tanpa sebarang bayaran, yang saya anggap ia adalah sebahagian daripada amal jariah saya,” katanya yang dipetik dari laporan mStar Online.


Anak kelahiran Petaling Jaya ini mengusahakan premis mencuci kereta yang beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam dibantu oleh anak-anak dan beberapa pekerja lain.

Bagi mana-mana pihak terutamanya masjid atau surau yang berdekatan Jalan Klang Lama sehingga Kelana Jaya dan kawasan sekitarnya boleh menghantar van jenazah mereka untuk dicuci secara percuma.

Menurutnya, bukan sahaja dicuci di bahagian luar dan dalam van jenazah tetapi mereka turut membersihkan keranda jenazah.


Bercerita tentang pengalamannya mencuci van dan keranda jenazah, Azlan menejelaskan pada awalnya, anak-anaknya dan pekerja di premisnya berasa takut untuk mencuci van berkenaan kerana ia membawa 'orang yang sudah meninggal dunia'.

"Mula-mula mereka memang takut, fikir yang bukan-bukan. Tapi saya pesan pada mereka apa yang saya rasa... satu hari nanti kita atau keluarga kita akan ‘naik’ van tu.

"Apa yang penting adalah niat kita baik dan ikhlas. Alhamdulillah mereka semua tak ada masalah untuk melakukannya,” katanya sambil menambah setakat ini telah mencuci van jenazah sebanyak empat kali secara percuma.

Sementara itu, Azlan juga berterima kasih kepada isteri dan rakan rakannya kerana memberi sokongan dalam melaksanakan hasrat tersebut.

Hasrat murni Mohd Azlan mendapat penerimaan baik dari rata-rata netizen yang mendoakan perniagaanya itu diberkati dan dimurahkan rezeki.

Sumber- mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*b*e*t*t*i*n*g
    Kontak bbm 5EE80AFE :D

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli