Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

KKM Haramkan Serta Merta Penjualan 7 Produk Kosmetik Ada Dipasaran



Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini dalam satu kenyataan media di laman web rasmi mereka telah mengharaman dan membatalkan pengedaran serta-merta 7 produk kosmetik berikutan dikesan mengandungi racun hidrokuinon, tretinoin dan merkuri.

Ketujuh-tujuh produk itu adalah :


1. D'Solve Plus, Nuriz Kosmetik (mengandungi hidrokuinon dan tretinoin)



2. Krim pemutih 3 dalam 1, Nuriz Kosmetik



3. Penyegar wajah Cantiqa, Pusratu Global Academy (hidrokuinon)



4. Penyegar wajah Rzac Platinum, R-ZAC Sdn Bhd (hidrokuinon).



5. Magic Cream, Malia Mellia (merkuri)



6. Krim siang Dnars, Onew Cosmetics (merkuri)



7. Krim malam Dollys Pinky, Legacy Jaya Enterprise (merkuri).



Menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang juga Ketua Pengarah Kesihatan berkata, mereka yang menjual dan mengedar produk komestik yang disenaraikan itu diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk serta-merta.

Ujarnya, mereka juga diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk kosmetik melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Mereka yang melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

"Denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau lagi, orang ramai yang telah menggunakan produk tersebut dinasihatkan untuk menghentikan penggunaannya selain mendapatkan nasihat pakar kesihatan jika mengalami ketidakselesaan atau kesan buruk.


Manakala orang ramai boleh mengajukan pertanyaan melibatkan produk kosmetik kepada [email protected] atau menghubungi talian 03-78835400.

"Pengguna dan orang ramai dinasihatkan menyemak status sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/," katanya.

BACA: Kementerian Kesihatan Dedahkan 162 Produk Kesihatan Yang Mengandungi Bahan Terlarang

BACA: Kementerian Kesihatan Dedah Lagi 8 Produk Kecantikan Dikesan Mengandungi Racun Berjadual Yang Tidak Dibenarkan

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g, aman dan terpecaya :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli