Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kepala Treler Terbuka Sendiri Tiba-Tiba, Pemandu Tercampak Keluar Ke Depan Dan Maut Digilis

4 ulasan

Seorang lelaki maut digilis kenderaan dipandunya selepas tercampak keluar berpunca dari kepala treler terbuka secara tiba-tiba, kejadian belaku di Kawasan Perindustrian Samalaju.

Berdasarkan laporan, kejadian 4 petang, semalam, sebuah treler dipandu Lee Ngan Cheang, 57, dikatakan bergerak sebelum tiba-tiba bahagian kepala kenderaan itu terbuka.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Deputi Superintendan Bingkok John, kejadian itu menyebabkan mangsa terpelanting keluar melalui cermin hadapan kenderaan berkenaan.

Jelasnya, selepas tercampak dari treler berkenaan, mangsa tidak sempat menyelamatkan diri sebelum digilis tayar treler yang sedang bergerak ketika itu.

“Akibat kemalangan berkenaan, mangsa parah di kepala dan badan. Pasukan paramedik mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Masalah teknikal mungkin punca kepala treler itu terbuka, namun siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya, semalam.


Dalam masa itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Samalaju ke lokasi kejadian.

“Mangsa ditemui tersepit di bawah tayar dan bomba mengeluarkan mayat mangsa menggunakan peralatan khas.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dari Klinik Nyalau Samalaju,” katanya.


Sumber - Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G agent bola terpercaya di Indonesia
    mari daftar 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. join yuk guys di areatoto.com
    ada sportbook togel casino sabung ayam
    minimal deposit 20 ribu dan withdraw 50 ribu
    hanya dengan 1userid sudah bisa bermain semua games lo

    BalasPadam
  3. Hallooo sobat Togelers yang hobi tebak angka atau nomor TOGEL atau permainan SBOBET yuk merapat bersama dengan kami bermain di AREATOTO selain togel kami menyediakan games sbobet, ibcbet dan sabung ayam juga lohh.. dengan proses mudah dan nyaman banget bermain bersama kami karna kepuasan member adalah prioritas utama kami. Dengan pelayanan 24jam dari kami dan proses cepat tidak sampai 1 menit kami sungguhkan untuk melayanin anda semua silahkan ya daftar dan bermain pin bb D61F44C2 silahkan..

    BalasPadam
  4. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu
    Wujudkan impian anda hanya di dewalotto.com

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli