Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kecewa Tidak Dijemput Ke Perkahwinan Anak Sendiri, Bapa Nekad Bunuh Diri Sambil Live Di Facebook


Seorang ayah yang kecewa di Turki bertindak menyiarkan secara langsung di Facebook (FB) tindakannya membunuh diri akibat tidak dijemput ke majlis pernikahan anak perempuannya sendiri.

Ayhan Uzun yang berasal dari wilayah Kayseri, tengah Turki sempat membuat ucapan di hadapan kamera sambil tangannya mengacukan pistol di kepalanya sendiri, sebaik sahaja membilang 1, 2, 3, dia bertindak memetik picu pistol tersebut.

Selain menghamburkan kemarahan kepada keluarganya, Ayhan Uzun sempat mengucapkan selamat tinggal kepada keluarganya.


“Selamat tinggal, saya akan pergi, jaga diri semua.”

Keluarganya bergegas pulang ke rumah dan menemui mayat Ayhan yang rebah ke lantai. Mayat Ayhan kemudian di bawah ke hospital untuk dibedah siasat manakala pihak polis sedang menyiasat kejadian tersebut.

Dalam siaran langsungnya itu, Ayhan memberitahu bahawa dia membunuh diri kerana tidak bersetuju perbuatan anak perempuanya berkahwin tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.

Katanya lagi, berita perkahwinan anaknya itu hanya sampai kepadanya melalui panggilan telefon sahaja.


“Mereka (keluarga) hanya menelefon memberitahu perkahwinan itu pada hari bahagia anak saya.

“Tiada siapa bertanya mengenai saya, tiada siapa melayan saya sebagai lelaki, sebagai bapa.

“Bapa mentuanya ambil tempat saya sedangkan dia tiada hak membenarkan perkahwinan anak saya.

“Tiada siapa kata bapa perempuan ini masih hidup sedangkan saya menunggu anak dan keluarga berkata: “Bapa, datang untuk bersama kami.

“Isteri saya telefon dan beritahu mereka tidak boleh datang mengunjungi saya,” katanya.

Beberapa orang rakan dan saudaranya sempat menghantar komen memujuknya agar tidak meneruskan hasratnya untuk membunuh diri ketika dia sedang bersiaran langsung.

Sumber : Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli