Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

KDN Minta PPIM Lapor Polis Dan Serah Bukti Jika Benar 9 Ketua 'Dragon' Wujud


Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta agar Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengemukakan bukti berhubung dengan dakwaan mereka yang dilaporkan media semalam mengenai kewujudan sembilan ketua yang digelar 'dragon' yang bertindak melindungi segala aktiviti tidak bermoral terutama perjudian sehingga mampu mengaut keuntungan sehingga RM 5 bilion sebulan.

Datuk Nur Jazlan Mohamed yang juga Timbalan Menteri di KDN berkata jika terdapat bukti dan dakwaan itu benar, pihaknya akan menyiasat perkara itu.

Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya akan menyiasat dan mengambil tindakan sekiranya terbukti dakwaan itu benar.

“Saya minta badan bukan kerajaan seperti ini supaya membuat laporan polis. Saya bimbang akan keselamatan  mereka sekiranya benar dakwaan tersebut,” katanya  lagi.

Nur Jazlan membuat kenyataan tersebut ketika mengulas laporan akhbar tempatan mengenai dakwaan yang dibuat oleh Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan bahawa kegiatan tersebut sudah wujud buat sekian lamanya.

Dalam pendedahan tersebut, Nadzim turut mendakwa bahawa 'dragon' ini juga berkuasa dalam agensi penguat kuasa hingga mampu menukarkan mana-mana penguat kuasa dalam tempoh 24 jam sekiranya didapati mengancam perjalanan operasi mereka.

BACA : PPIM Dakwa Ada 9 'Dragon' Kawal Aktiviti Judi Malaysia, Kaut Untung RM 5 Bilion Sebulan

Sumber : BERNAMA
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Mari coba keberuntungannya disini u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g,
    Kontak bbm 7ACD8560 :D

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli